Connect with us

Antarabangsa

Uskup Katolik Kazakhstan tolak Vatican benarkan paderi berkati pasangan homoseks

Uskup Katolik Kazakhstan menolak ketetapan deklarasi Vatican yang membenarkan pemberian berkat kepada pasangan seks sejenis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Uskup Katolik Kazakhstan, Tomash Peta (kiri) dan Ketua Gereja Katolik, Pope Francis (kanan).
  • Uskup Katolik Kazakhstan menolak ketetapan deklarasi Vatican yang membenarkan pemberian berkat kepada pasangan seks sejenis.
  • Tomash Peta, yang juga uskup agung metropolitan Keuskupan Agung Saint Mary di Astana sejak 2003, berkata gereja Katolik kini sedang menyebarkan ideologi gender.
  • Justeru, Peta melarang sebarang pemberian berkat kepada pengamal seks songsang berkenaan.
  • “Meskipun ketetapan itu tidak memberi kebenaran kepada pasangan sejenis untuk  berkahwin, para paderi dan penganut tidak sepatutnya terpedaya dengan tipu daya serta kejahatan tentang keizinannya yang memberi berkat kepada pasangan dalam situasi tidak menentu dan pasangan sejenis” kata Peta dalam kenyataan, yang turut ditandatangani Bishop Athanasius Schneider, pada Selasa, dipetik The Christian Post.

Uskup Katolik Kazakhstan menolak ketetapan deklarasi Vatican yang membenarkan pemberian berkat kepada pasangan seks sejenis.

Tomash Peta, yang juga uskup agung metropolitan Keuskupan Agung Saint Mary di Astana sejak 2003, berkata gereja Katolik kini sedang menyebarkan ideologi gender.

Justeru, Peta melarang sebarang pemberian berkat kepada pengamal seks songsang berkenaan.

Menurut laporan The Catholic Herald, beliau turut menegur tindakan Pope Francis yang membenarkan perkara itu dan memintanya menarik balik keputusan berkenaan.

“Meskipun ketetapan itu tidak memberi kebenaran kepada pasangan sejenis untuk  berkahwin, para paderi dan penganut tidak sepatutnya terpedaya dengan tipu daya serta kejahatan tentang keizinannya yang memberi berkat kepada pasangan dalam situasi tidak menentu dan pasangan sejenis” kata Peta dalam kenyataan, yang turut ditandatangani Bishop Athanasius Schneider, pada Selasa, dipetik The Christian Post.

Selain itu, Uskup di Minnesota, Amerika Syarikat (AS), Andrew Cozzens menyatakan adalah satu perkara mustahil untuk memberkati pasangan songsang berkenaan kerana ia bercanggah dengan ajaran Gospel.

Pope Francis secara rasminya pada Isnin memberi kebenaran kepada seluruh paderi Katolik untuk memberkati pasangan homoseksual atau pasangan sejenis.

Deklarasi doktrin Vatican mengenai perkara itu diterbitkan pada 18 Disember lalu dengan alasan seseorang yang meminta diberkati tidak semestinya perlu mempunyai etika  moral yang baik.

Pemberian berkat kepada pasangan sejenis itu bagaimanapun  tidak bermakna memberkati hubungan terlarang itu, sepertimana perkahwinan antara lelaki dan perempuan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *