Terkini
Tidak puas hati Grab tiada bahasa Mandarin
Pengguna platform Grab Merchant Malaysia mengkritik platform penghantaran makanan itu kerana tidak menyediakan bahasa Mandarin dalam khidmat pelanggannya.
- Pengguna platform Grab Merchant Malaysia mengkritik platform penghantaran makanan itu kerana tidak menyediakan bahasa Mandarin dalam khidmat pelanggannya.
- Berkongsi satu hantaran di akaun Facebooknya, Lim Recipe menyatakan perasaan tidak puas hati dengan platform Grab Merchant Malaysia.
- “Ambil keuntungan dari orang Cina, tetapi tidak guna bahasa orang Cina. Bagi saya adalah satu hinaan. (Saya) tidak akan gunakannya (Grab) mulai hari ini,” kata Lim Recipe pada 18 Disember lalu.
- Namun terdapat netizen menyokong penggunaan bahasa Melayu, selaku bahasa kebangsaan Malaysia, di platform itu.
- “Sebagai warganegara Malaysia perlu guna bahasa kebangsaan,” komen netizen.
KUALA LUMPUR – Pengguna platform Grab Merchant Malaysia mengkritik platform penghantaran makanan itu kerana tidak menyediakan bahasa Mandarin dalam khidmat pelanggannya.
Berkongsi hantaran di akaun Facebooknya, Lim Recipe menyatakan perasaan tidak puas hati dengan platform Grab Merchant Malaysia.
“Ambil keuntungan dari orang Cina, tetapi tidak guna bahasa orang Cina. Bagi saya adalah satu hinaan. (Saya) tidak akan gunakannya (Grab) mulai hari ini,” kata Lim Recipe pada 18 Disember lalu.
Menurut tangkap layar dikongsikan dalam hantaran itu, Lim Recipe menyifatkan syarikat itu tidak ada “moral Cina”.
“Kamu berniaga dengan orang Cina tapi tiada bahasa Cina. Kamu pandang rendah pada orang Cina,” katanya.
Setakat jam 3 petang tadi, hantaran itu mendapat 1,500 reaksi dan 2,100 komen.
Namun terdapat netizen yang menyokong penggunaan bahasa Melayu, selaku bahasa kebangsaan Malaysia, di platform itu.
“Duduk di Malaysia tapi tak nak guna bahasa Malaysia. Penghinaan pada negara. Mungkin perlu balik ke China,” kata netizen itu.
“Sebagai warganegara Malaysia perlu guna bahasa kebangsaan,” komen netizen lain dalam Bahasa Inggeris. – The Merdeka Times