Connect with us

Antarabangsa

Tidak pernah saya lihat tentera Israel dalam keadaan seteruk ini – Veteran Israel

Pertubuhan Veteran Kurang Upaya Israel mengakui tidak pernah melihat situasi parah dan serius melibatkan tentera rejim Israel dengan jumlah kecederaan yang terus meningkat ketika ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tidak pernah saya lihat tentera Israel dalam keadaan seteruk ini – Veteran Israel
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertubuhan Veteran Kurang Upaya Israel mengakui tidak pernah melihat situasi parah dan serius melibatkan tentera rejim Israel dengan jumlah kecederaan yang terus meningkat ketika ini.
  • “Saya tidak pernah melihat skop dan keseriusan seperti ini,” kata Ketua Pertubuhan Veteran Kurang Upaya Israel, Edan Kleiman.
  • Pertubuhan bukan berasaskan keuntungan itu membantu lebih 50,000 tentera Israel yang cedera dalam konflik terkini dan sebelumnya.
  • Kleiman berkata pihak berkuasa tidak memahami keseriusan situasi selain menjangkakan mereka yang cedera berkemungkinan mencecah 20,000 orang setelah diambil kira jumlah yang didiagnosis dengan kecelaruan stres pasca trauma (PTSD).

Pertubuhan Veteran Kurang Upaya Israel mengakui tidak pernah melihat situasi parah dan serius melibatkan tentera rejim Israel dengan jumlah kecederaan yang terus meningkat ketika ini.

“Saya tidak pernah melihat skop dan keseriusan seperti ini,” kata Ketua Pertubuhan Veteran Kurang Upaya Israel, Edan Kleiman.

Pertubuhan bukan berasaskan keuntungan itu membantu lebih 50,000 tentera Israel yang cedera dalam konflik terkini dan sebelumnya.

Ia lebih merisaukan kerana Israel dilihat seolah-olah tidak bersedia untuk menangani keperluan kelompok itu.

Kleiman berkata pihak berkuasa tidak memahami keseriusan situasi selain menjangkakan mereka yang cedera berkemungkinan mencecah 20,000 orang setelah diambil kira jumlah yang didiagnosis dengan kecelaruan stres pasca trauma (PTSD).

Pensyarah hubungan sivil-tentera di Open University Israel, Yagil Levy berkata “bilangan mereka bertambah.”

“Akan ada impak jangka panjang jika kita lihat kadar skala besar orang kurang upaya yang perlu dipulihkan Israel, yang boleh menyebabkan berlakunya isu ekonomi serta sosial,” kata Levy dipetik agensi berita AP.

Selaku negara mewajibkan perkhidmatan ketenteraan, nasib askar-askar Israel adalah topik sensitif dan emosional.

Ia juga dilihat sebagai segmen penuh trauma bagi masyarakat Israel, kos tersembunyi peperangan dengan impak serius bagi Israel untuk tahun-tahun yang mendatang. – Agensi

Author