Antarabangsa
Tentera Israel tembak mati dua wanita Kristian di pekarangan gereja di Gaza
Seorang ibu tua dan anak perempuannya – ditembak mati seorang tentera rejim zionis Israel di pekarangan sebuah gereja Katolik di Gaza City, kata Patriark Latin Baitulmaqdis.
- Dua wanita Kristian – Seorang ibu tua dan anak perempuannya – ditembak mati seorang tentera rejim zionis Israel di pekarangan sebuah gereja Katolik di Gaza City, kata Patriark Latin Baitulmaqdis.
- Dua wanita Kristian itu telah dibunuh penembak tepat Israel di Gereja Holy Family Parish di mana keluarga-keluarga Kristian berlindung sejak peperangan meletus, kata Patriark itu dalam kenyataan pada Sabtu.
- Mangsa, Nahida dan anak perempuannya, Samar ditembak mati ketika kedua-duanya sedang berjalan masuk ke biara perempuan itu.
- Terdapat kira-kira 530 penganut Kristian berlindung di Gereja Holy Family dengan 60 peratus daripadanya adalah wanita dan kanak-kanak.
Dua wanita Kristian – Seorang ibu tua dan anak perempuannya – ditembak mati seorang tentera rejim zionis Israel di pekarangan sebuah gereja Katolik di Gaza City, kata Patriark Latin Baitulmaqdis.
Dua wanita Kristian itu telah dibunuh penembak tepat Israel di Gereja Holy Family Parish di mana keluarga-keluarga Kristian berlindung sejak peperangan meletus, kata Patriark itu dalam kenyataan pada Sabtu.
Mangsa, Nahida dan anak perempuannya, Samar ditembak mati ketika kedua-duanya sedang berjalan masuk ke biara perempuan itu.
“Salah seorang daripada mangsa mati ketika cuba menyelamatkan seorang lagi ke tempat lebih selamat,” kata kenyataan Patriark itu dipetik Al Jazeera.
Kenyataan itu berkata tiada amaran dikeluarkan sebelum kedua-dua wanita Kristian itu dibunuh dengan kejam.
Tujuh lagi mangsa di gereja Katolik itu dilaporkan tercedera ketika insiden serangan berkenaan.
Keluarga mangsa, Hammam Farah dalam ciapan di platform X menyifatkan insiden itu sebagai kempen pembunuhan terhadap komuniti Kristian tertua di dunia pada musim Krismas.
“Komuniti Kristian di Gaza berada di ambang kepupusan.
“Kira-kira 800 orang daripada kami masih tinggal, sebahagian berlindung di gereja Katolik, beberapa lagi di gereja Ortodoks, dan beberapa masih tinggal di rumah mereka di Gaza City,” kata Hammam.
Terdapat kira-kira 530 penganut Kristian berlindung di Gereja Holy Family dengan 60 peratus daripadanya adalah wanita dan kanak-kanak.