Connect with us

Terkini

SPRM dan Petronas bawah pemantauan YDPA bukannya satu isu – Pakar Perlembagaan

Titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mencadangkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Petronas melaporkan terus kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bukannya satu isu, kata Pakar Perlembagaan, Datuk Prof Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain.

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (kiri) dan Pakar Perlembagaan, Datuk Prof Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain (kanan).
  • Titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mencadangkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Petronas melaporkan terus kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bukannya satu isu, kata Pakar Perlembagaan, Datuk Prof Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain.
  • Sebaliknya, Wan Ahmad Fauzi berkata ia menunjukkan Tuanku Sultan Johor peka dengan bidang kuasanya yang merupakan Ketua Agama Islam.
  • Beliau menjelaskan YDPA memiliki sumpah memelihara agama Islam yang merangkumi aspek perundangan dan prinsip agama itu serta maqasid syariah.
  • “Apa yang dititahkan oleh Tuanku Sultan Johor bukan diminta, tetapi sebaliknya baginda cakna mengenai tanggungjawabnya,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times pada Isnin.
  • Sebelum ini media melaporkan Sultan Ibrahim bertitah bahawa baginda akan berusaha menghentikan amalan rasuah ketika pemerintahannya sebagai YDPA kelak.

KUALA LUMPUR – Titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mencadangkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Petronas melaporkan terus kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bukannya satu isu, kata Pakar Perlembagaan, Datuk Prof Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain.

Sebaliknya, Wan Ahmad Fauzi berkata ia menunjukkan Tuanku Sultan Johor peka dengan bidang kuasanya yang merupakan Ketua Agama Islam.

Beliau menjelaskan YDPA memiliki sumpah memelihara agama Islam yang merangkumi aspek perundangan dan prinsip agama itu serta maqasid syariah.

“Apabila menyebut memelihara agama Islam ia bermaksud memelihara agama Islam yang mempunyai etika, agama yang membawa kepada kebaikan dan mencegah kemudharatan.

“Jadi korupsi itu mudharat atau tidak, sudah tentu mudharat. Agama menolak korupsi. Maka kuasa yang diamanahkan YDPA besar. 

“Apa yang dititahkan oleh Tuanku Sultan Johor bukan diminta, tetapi sebaliknya baginda cakna mengenai tanggungjawabnya,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times pada Isnin.

Sebelum ini media melaporkan Sultan Ibrahim bertitah bahawa baginda akan berusaha menghentikan amalan rasuah ketika pemerintahannya sebagai YDPA kelak.

Baginda turut mencadangkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Petronas melaporkan terus kepada YDPA, bukannya kepada Parlimen seperti sekarang.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai bidang kuasa YDPA, Dr Wan Ahmad Fauzi menambah baginda berhak mendapatkan apa-apa maklumat mengenai pemerintahan Persekutuan berdasarkan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, YDPA hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau Nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri.

“Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan, tetapi YDPA berhak atas permintaannya untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri,” katanya.

Beliau berkata apa diusahakan baginda itu selari dengan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membanteras korupsi.

Katanya, gandingan antara kedua-dua pihak itu dalam hal membanteras korupsi dilihat amat cantik sekali. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *