Antarabangsa
Situasi hidup penduduk Gaza semakin buruk – Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk pada Rabu berkata rakyat Palestin di Gaza hidup dalam situasi yang semakin buruk ketika mereka terus diserang tanpa henti oleh Israel dan dihukum secara kolektif.
- Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk pada Rabu berkata rakyat Palestin di Gaza hidup dalam situasi semakin buruk ketika mereka terus diserang tanpa henti oleh Israel dan dihukum secara kolektif.
- Bercakap pada sidang media menjelang Hari Hak Asasi Manusia, Turk berkata bantuan kemanusiaan sekali lagi hampir putus dengan kebimbangan penularan penyakit dan kelaparan meluas.
- “Orang awam di Gaza terus diserang tanpa henti oleh Israel dan dihukum secara kolektif – menderita kematian, pengepungan, kemusnahan dan kekurangan keperluan asas manusia penting seperti makanan, air, bekalan perubatan dan keperluan lain dalam jumlah yang besar. Rakyat Palestin di Gaza hidup dalam situasi yang semakin buruk,” katanya, menurut Agensi Berita Palestin (WAFA).
- Turk berkata kira-kira 1.9 juta daripada 2.2 juta rakyat Palestin hilang tempat tinggal kini mencari perlindungan di tempat sangat sempit dan sesak di selatan Gaza, dalam keadaan tidak bersih dan tidak sihat.
- “Bantuan kemanusiaan sekali lagi hampir terputus dengan kebimbangan terhadap penularan penyakit dan kelaparan meluas. Situasi malapetaka yang berlaku di Semenanjung Gaza boleh diramal dan boleh dicegah.
- “Rakan-rakan kemanusiaan saya telah menyifatkan situasi ini sebagai bencana besar,” katanya yang menggesa masyarakat antarabangsa sebulat suara mendesak gencatan senjata serta-merta atas dasar hak asasi manusia dan kemanusiaan.
RAMALLAH: Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk pada Rabu berkata rakyat Palestin di Gaza hidup dalam situasi yang semakin buruk ketika mereka terus diserang tanpa henti oleh Israel dan dihukum secara kolektif.
Bercakap pada sidang media menjelang Hari Hak Asasi Manusia, Turk berkata bantuan kemanusiaan sekali lagi hampir terputus dengan kebimbangan terhadap penularan penyakit dan kelaparan yang meluas.
“Orang awam di Gaza terus diserang tanpa henti oleh Israel dan dihukum secara kolektif – menderita kematian, pengepungan, kemusnahan dan kekurangan keperluan asas manusia penting seperti makanan, air, bekalan perubatan dan keperluan lain dalam jumlah yang besar. Rakyat Palestin di Gaza hidup dalam situasi yang semakin buruk,” katanya, menurut Agensi Berita Palestin (WAFA).
Operasi ketenteraan, termasuk pengeboman oleh tentera penceroboh Israel diteruskan di utara, tengah dan selatan Gaza, menjejaskan orang awam yang telah berpindah beberapa kali – terpaksa melarikan diri – untuk mencari tempat yang selamat.
Turk berkata kira-kira 1.9 juta daripada 2.2 juta rakyat Palestin yang hilang tempat tinggal kini mencari perlindungan di tempat yang sangat sempit dan sesak di selatan Gaza, dalam keadaan tidak bersih dan tidak sihat.
“Bantuan kemanusiaan sekali lagi hampir terputus dengan kebimbangan terhadap penularan penyakit dan kelaparan meluas. Situasi malapetaka yang berlaku di Semenanjung Gaza boleh diramal dan boleh dicegah.
“Rakan-rakan kemanusiaan saya telah menyifatkan situasi ini sebagai bencana besar,” katanya yang menggesa masyarakat antarabangsa agar sebulat suara mendesak gencatan senjata serta-merta atas dasar hak asasi manusia dan kemanusiaan.
Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza Dr Ashraf al-Qudra berkata Hospital Al-Ahli di utara Bandaraya Gaza telah melebihi kapasitinya berikutan kemasukan besar-besaran orang ramai yang cedera ke kemudahan itu.
Beliau juga merayu untuk sokongan dan perlindungan antarabangsa daripada pengeboman Israel yang semakin meningkat.
Hospital Al-Ahli di bahagian utara Bandar Gaza telah melebihi kapasitinya disebabkan jumlah besar orang yang cedera yang dipindahkan ke fasiliti itu, kata jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza dalam satu kenyataan pada Rabu, dan meminta sokongan dan perlindungan antarabangsa terhadap pengeboman Israel yang semakin meningkat.
Pesakit meninggal dunia kerana kehilangan darah yang banyak, menurut Dr Ashraf al-Qudra dalam kenyataan yang disiarkan di X, lapor Agensi Anadolu.
“Kami sedang berusaha sedaya upaya untuk mengendalikan sebanyak mungkin kompleks perubatan untuk menerima mangsa yang cedera,” katanya.
Menurut beliau kakitangan perubatan menghadapi cabaran besar dan memerlukan sokongan serta perlindungan daripada organisasi antarabangsa.
Israel meneruskan serangan ketenteraannya di Semenanjung Gaza pada Jumaat lepas selepas jeda kemanusiaan. Sejak tercetusnya konflik pada 7 Okt lepas hingga kini, sekurang-kurangnya 16,248 penduduk Palestin terbunuh manakala 43,616 lagi cedera. — BERNAMA
Sumber: Astro Awani