Antarabangsa
Qatar usaha gencatan senjata baru di Gaza
Qatar sedang berusaha untuk mencapai gencatan senjata baru antara rejim zionis Israel dengan Hamas, kata Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Bin Abdulrahman Al Thani.
- Qatar sedang berusaha untuk mencapai gencatan senjata baru antara rejim zionis Israel dengan Hamas, kata Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Bin Abdulrahman Al Thani.
- Beliau berkata pihaknya tidak akan berputus asa mengusahakan perkara itu meskipun dilihat tipis berikutan serangan berterusan negara haram Israel terhadap wilayah Gaza ketika ini.
- “Kami akan terus berusaha, kami komited untuk melepaskan tawanan, tetapi juga ingin menghentikan peperangan.
- “Kami tidak melihat keinginan (gencatan senjata) daripada kedua-dua belah pihak ketika ini,” kata beliau di Forum Doha pada Isnin.
DOHA – Qatar sedang berusaha untuk mencapai gencatan senjata baru antara rejim zionis Israel dengan Hamas, kata Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Bin Abdulrahman Al Thani.
Beliau berkata pihaknya tidak akan berputus asa mengusahakan perkara itu meskipun dilihat tipis berikutan serangan berterusan negara haram Israel terhadap wilayah Gaza ketika ini.
“Kami tidak melihat keinginan (gencatan senjata) daripada kedua-dua belah pihak ketika ini.
“Kami akan terus berusaha, kami komited untuk melepaskan tawanan, tetapi juga ingin menghentikan peperangan,” kata beliau di Forum Doha pada Isnin dipetik Jordan Times.
Qatar merupakan orang tengah rundingan gencatan senjata tujuh hari dicapai antara Hamas dengan Israel yang membawa kepada pertukaran puluhan tawanan Israel dan tahanan Palestin.
Rejim zionis Israel melancarkan perang terhadap Hamas di Gaza setelah serangan mengejutkan kumpulan pejuang Palestin itu pada 7 Oktober lalu dan menawan 240 tawanan, menurut angka Israel.
Serangan rejim zionis Israel menyebabkan sekurang-kurangnya 17,700 warga Palestin terbunuh di Gaza, majoritinya kanak-kanak dan wanita, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sumber: Jordan Times