Antarabangsa
Penasihat tentera Iran terbunuh dalam serangan rejim zionis Israel di Syria
Seorang pegawai kanan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), Sayyed Razi terbunuh dalam serangan rejim zionis Israel di pinggir bandar ibu negara Syria, Damsyik, menurut media Iran pada Isnin.

- Seorang pegawai kanan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), Sayyed Razi terbunuh dalam serangan rejim zionis Israel di pinggir bandar ibu negara Syria, Damsyik, menurut media Iran pada Isnin.
- Media melaporkan Sayyed Razi yang berkhidmat sebagai penasihat kanan tentera untuk IRGC di Syria, terbunuh dalam serangan udara di kawasan Sayyeda Zeinab di Damsyik.
- Jabatan Perhubungan Awam IRGC dalam kenyataan menyifatkan Sayyed Razi sebagai penasihat tentera berpengalaman dan rakan baik kepada komander tentera Iran, Jeneral Allahyarham Qassem Soleimani.
- Pembunuhan Sayyed Razi berlaku di tengah-tengah siri serangan ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) dan kepentingan Israel di Iraq dan Syria dalam beberapa minggu kebelakangan ini yang dikaitkan dengan kumpulan disokong Iran di Iraq.
Seorang pegawai kanan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), Sayyed Razi terbunuh dalam serangan rejim zionis Israel di pinggir bandar ibu negara Syria, Damsyik, menurut media Iran pada Isnin.
Media melaporkan Sayyed Razi yang berkhidmat sebagai penasihat kanan tentera untuk IRGC di Syria, terbunuh dalam serangan udara di kawasan Sayyeda Zeinab di Damsyik.
Jabatan Perhubungan Awam IRGC dalam kenyataan menyifatkan Sayyed Razi sebagai penasihat tentera berpengalaman dan rakan baik kepada komander tentera Iran, Jeneral Allahyarham Qassem Soleimani.
Pembunuhan Sayyed Razi berlaku di tengah-tengah siri serangan ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) dan kepentingan Israel di Iraq dan Syria dalam beberapa minggu kebelakangan ini yang dikaitkan dengan kumpulan disokong Iran di Iraq.
Susulan itu, Iran memberi amaran kepada Israel bahawa mereka akan membalas dendam atas kematian pegawai kanannya itu.
Presiden Iran, Ebrahim Raisi dilaporkan berkata Israel “pasti akan membayar jenayah ini”.
Beliau turut mengutuk serangan berkenaan yang disifatkan sebagai sisi lemah rejim penjajah Israel.
“Tidak syak lagi, tindakan ini merupakan satu lagi tanda kekecewaan, ketidakberdayaan dan ketidakupayaan rejim zionis di rantau ini,” kata Ebrahim dalam kenyataan dipetik agensi berita Anadolu. — The Merdeka Times
