Connect with us

Antarabangsa

Netanyahu kena ‘boo’ keluarga tebusan Hamas di Parlimen Israel

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu disorak ‘boo’ oleh keluarga tebusan Hamas semasa beliau berucap di Knesset (Parlimen Israel) pada Isnin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Netanyahu kena ‘boo’ keluarga tebusan Hamas di Parlimen Israel
Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri).
  • Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu disorak ‘boo’ keluarga tebusan Hamas semasa beliau berucap di Knesset (Parlimen Israel) pada Isnin.
  • Sorakan itu ekoran kenyataan Netanyahu bahawa Israel akan menggunakan tekanan ketenteraan untuk membawa pulang tebusan warga Israel di Gaza.
  • “Kami perlukan masa,”  kata Netanyahu semasa sesi khas memberi fokus terhadap perbincangan berhubung isu tawanan di Gaza.
  • “Bagaimana kalau ia berlaku pada ayah, anak perempuan atau abang awak?,” kata keluarga tebusan Israel mempersoalkan tindakan Netanyahu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu disorak ‘boo’ oleh keluarga tebusan Hamas semasa beliau berucap di Knesset (Parlimen Israel) pada Isnin.

Sorakan itu ekoran kenyataan Netanyahu bahawa Israel akan menggunakan tekanan ketenteraan untuk membawa pulang tebusan warga Israel di Gaza.

“Kami tidak akan berhenti berperang.

“Kami perlukan masa,”  kata Netanyahu semasa sesi khas memberi fokus terhadap perbincangan berhubung isu tawanan di Gaza seperti dilaporkan The Times of Israel.

Bagaimanapun keluarga tebusan berkenaan terus mendesak supaya pembebasan itu disegerakan.

“Kita sudah tiada masa,” kata salah seorang anggota keluarga tebusan itu selepas beberapa yang lain bersorak, “Sekarang! Sekarang! Sekarang!” bagi menggesa pembebasan tersebut.

Dalam pada itu, Netanyahu enggan menyatakan dengan lebih mendalam tentang langkah bakal diambil bagi membebaskan tawanan terbabit.

“Saya hanya ingin menekankan. Kami akan menggoncangkan setiap  pohon dan mengangkat setiap batu sebagai usaha membawa pulang semua yang tawanan yang diculik.

“Kita tidak berhenti sehingga mencapai kemenangan kerana kita tiada tanah dan jalan lain lagi,” kata Netanyahu.

Sebahagian daripada ahli keluarga tawanan turut mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Israel itu.

“Bagaimana kalau ia berlaku pada ayah, anak perempuan atau abang awak?,” kata ahli keluarga tebusan Israel mempersoalkan tindakan Netanyahu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *