Connect with us

Terkini

Masjid, surau digesa titik berat SOP cegah Covid-19

Pengurusan surau dan masjid di negara ini digesa menitikberatkan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 susulan peningkatan kes jangkitannya sejak akhir-akhir ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Masjid, surau digesa titik berat SOP cegah Covid-19
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (kanan).
  • Pengurusan surau dan masjid di negara ini digesa menitikberatkan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 susulan peningkatan kes jangkitannya sejak akhir-akhir ini.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar turut menasihatkan jemaah masjid dan surau mengamalkan langkah pencegahan penularan Covid-19 dengan memakai pelitup muka khususnya bagi mereka bergejala dan berisiko tinggi seperti warga emas, individu berpenyakit kronik dan ibu mengandung. 
  • “Umat Islam juga disarankan sentiasa berhati-hati setiap masa dan sentiasa berdoa serta bermunajat agar wabak ini dapat dihindari,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu. 
  • Semalam, media melaporkan jangkitan Covid-19 menyaksikan peningkatan kepada 20,696 kes untuk tempoh 10 hingga 16 Disember lalu.

KUALA LUMPUR – Pengurusan surau dan masjid di negara ini digesa menitikberatkan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 susulan peningkatan kes jangkitannya sejak akhir-akhir ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar turut menasihatkan jemaah masjid dan surau mengamalkan langkah pencegahan penularan Covid-19 dengan memakai pelitup muka khususnya bagi mereka bergejala dan berisiko tinggi seperti warga emas, individu berpenyakit kronik dan ibu mengandung. 

“Umat Islam juga disarankan sentiasa berhati-hati setiap masa dan sentiasa berdoa serta bermunajat agar wabak ini dapat dihindari,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu. 

Mohd Na’im berkata Jabatan Kemajuan Islam akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri untuk mengambil langkah proaktif dalam ruang lingkup hal ehwal agama bagi menghadapi wabak tersebut. 

Katanya, ia bagi memastikan tempat perkumpulan ramai umat Islam seperti di masjid dan surau yang menjadi tempat mudahnya jangkitan wabak dapat diambil tindakan pencegahan awal.

Semalam, media melaporkan jangkitan Covid-19 menyaksikan peningkatan kepada 20,696 kes untuk tempoh 10 hingga 16 Disember lalu.

Melalui hantaran platform X oleh Covid19Place yang dikongsi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, perkembangan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 8,000 kes berbanding minggu sebelumnya.

Pada tiga hingga sembilan Disember lalu, sebanyak 12,757 kes dilaporkan di seluruh negara dengan angka kematian 11 kes.

Dalam pada itu, Mohd Na’im juga menasihati seluruh lapisan masyarakat untuk mengambil langkah berhati-hati dalam menjaga kesihatan diri dan ahli keluarga masing-masing supaya terhindar daripada wabak penyakit berkenaan. 

“Langkah berwaspada ini adalah selaras dengan saranan Islam agar perkara yang boleh membawa kemudaratan hendaklah dielakkan (sad al-zaraie),” kata Mohd Na’im. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *