Connect with us

Terkini

Lakukan transformasi menyeluruh, elak SPRM dilihat ‘kuda tunggangan’ kerajaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa melakukan transformasi menyeluruh mengembalikan integriti badan itu supaya tidak dilihat sebagai ‘kuda tunggangan’ kerajaan yang ‘membunuh’ musuh politik dan menjayakan agenda pemimpin tertentu.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki (kiri) & Presiden Parti BERJASA Malaysia, Zamani Ibrahim (kanan).
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa melakukan transformasi menyeluruh untuk mengembalikan integriti badan itu supaya tidak dilihat sebagai ‘kuda tunggangan’ kerajaan yang ‘membunuh’ musuh politik dan menjayakan agenda pemimpin tertentu.
  • Gesaan itu dibuat Presiden Parti BERJASA Malaysia, Zamani Ibrahim kerana suruhanjaya berkenaan dilihat terpalit kontroversi setiap tahun yang menyebabkan kredibilitinya tercalar dan terus dipertikaikan.
  • Zamani berkata terbaharu SPRM mencetuskan tanda tanya apabila membekukan jutaan ringgit wang sumbangan rakyat Malaysia melalui Aman Palestin (AP) yang sepatutnya dihantar ke Palestin ketika berlakunya gencatan senjata selama empat hari.
  • “Secara umum, ramai yang melihat SPRM terbeban pelbagai isu integriti dan kontroversi sehingga menjejaskan kredibiliti badan penguatkuasa ini di mata rakyat,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa melakukan transformasi menyeluruh mengembalikan integriti badan itu supaya tidak dilihat sebagai ‘kuda tunggangan’ kerajaan yang ‘membunuh’ musuh politik dan menjayakan agenda pemimpin tertentu.

Gesaan itu dibuat Presiden Parti BERJASA Malaysia, Zamani Ibrahim kerana suruhanjaya berkenaan dilihat terpalit kontroversi setiap tahun yang menyebabkan kredibilitinya tercalar dan terus dipertikaikan.

Zamani berkata terbaharu SPRM mencetuskan tanda tanya apabila membekukan jutaan ringgit wang sumbangan rakyat Malaysia melalui Aman Palestin (AP) yang sepatutnya dihantar ke Palestin ketika berlakunya gencatan senjata selama empat hari.

Katanya, sehingga hari ini juga belum terdapat sebarang pertuduhan dibuat SPRM terhadap pertubuhan bukan kerajaan itu.

“Secara umum, ramai yang melihat SPRM terbeban pelbagai isu integriti dan kontroversi sehingga menjejaskan kredibiliti badan penguatkuasa ini di mata rakyat.

“Isu Teoh Beng Hock yang mati ketika disoal siasat di pejabat SPRM pada tahun 2009 masih lagi segar dalam ingatan kita semua. Pada tahun 2016, rakaman video antara DS Najib Razak dan Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu berkaitan isu 1MDB yang bocor pula telah menggemparkan negara.

“Seterusnya pada tahun 2019, perlantikan Latheefa Koya yang merupakan ahli PKR secara unilateral sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM oleh bekas PM, Tun M menyebabkan kemarahan orang ramai,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Zamani berkata antara kontroversi lain membabitkan suruhanjaya itu apabila pada tahun lalu pemilikan saham korporat bernilai jutaan ringgit dikatakan milik Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki melalui adiknya menjadi pertikaian.

Beliau berkata sekalipun terdapat banyak pihak meminta Azam Baki melepaskan jawatan, namun beliau tetap kekal memimpin SPRM sehingga hari ini.

Pada Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata SPRM perlu sentiasa menjalankan tanggungjawab dan tugas secara bebas dan berkecuali termasuk melibatkan siasatan terhadap tokoh politik dan bekas pemimpin negara.

Anwar berkata ia sejajar dengan peranan SPRM melaksanakan tugas berlandaskan prinsip keadilan dan undang-undang. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook BERJASA Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

Wartawan TMT

Published

on

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel
Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.
  • “Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.
  • Awal hari ini, Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

“Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.

Roya News melaporkan Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

“Seorang komander Hizbullah yang bertanggungjawab terhadap salah satu daripada tiga sektor di selatan Lubnan terbunuh” dalam “serangan Israel ke atas sebuah kereta di Tyre”, kata sumber kepada Agence France-Presse (AFP).

Komander terbunuh ialah Mohamed Naim Nasser, 59 tahun, ketua unit Aziz Hizbullah yang mengawal salah satu daripada tiga bahagian wilayah selatan Lubnan.

Unit itu bertanggungjawab terhadap daerah timur di sempadan Lubnan dan Israel. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending