Connect with us

Terkini

Kepung Demi Palestin: Pertubuhan sivil berkampung lima hari di hadapan Kedutaan AS

Kira-kira 50 pertubuhan sivil dan parti politik dijangka berkampung di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) selama lima hari bermula malam ini sehingga malam tahun baru bagi tujuan piket.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kira-kira 50 pertubuhan sivil dan parti politik dijangka berkampung di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) selama lima hari bermula malam ini sehingga malam tahun baru bagi tujuan piket.
  • Piket yang dinamakan ‘Kepung Demi Palestin’ itu adalah bagi menggesa negara sekutu Israel tersebut untuk mengakhiri  respons balas tidak seimbang rejim zionis terhadap serangan Hamas.
  • Program di bawah Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) itu disertai Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Gabungan Wanita Malaysia untuk Al-Quds dan Palestin (MWCQP), BDS Malaysia, Viva Palestina Malaysia, Bersih dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan beberapa pertubuhan pelajar.
  • Penyertaan parti politik pula terdiri daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Pejuang Tanah Air dan gabungan Pakatan Harapan (PH) serta Perikatan Nasional (PN).

KUALA LUMPUR – Kira-kira 50 pertubuhan sivil dan parti politik dijangka berkampung di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) selama lima hari bermula malam ini sehingga malam tahun baru bagi tujuan piket.

Piket yang dinamakan ‘Kepung Demi Palestin’ itu adalah bagi menggesa negara sekutu Israel tersebut untuk mengakhiri  respons balas tidak seimbang rejim zionis terhadap serangan Hamas.

“Walaupun terdapat gesaan berterusan bagi gencatan senjata di Gaza, Israel terus melakukan genosid ini terhadap rakyat Palestin. AS adalah salah satu penyokong terbesar, salah satu dalang utama di belakangnya.

“Mereka bahkan menghalang resolusi untuk gencatan senjata. Mereka berkali-kali menggunakan kuasa hak veto mereka untuk merosakkan sebarang usaha mencapai perdamaian di Palestin,” kata jurucakap koalisi itu, Chua Tian Chang (Tian Chua) dipetik Malay Mail pada Selasa.

Tian Chua yang juga bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, perhimpunan itu bertujuan menyedarkan orang ramai mengenai situasi semasa di Palestin di mana terdapatnya krisis kemanusiaan.

“Kanak-kanak yang tidak bersalah telah terbunuh. Bilangan kematian dan mangsa yang kelaparan semakin meningkat di Gaza. Sebanyak 20,057 orang telah mati di Gaza akibat serangan Israel.

“Lebih dari dua juta Palestin di Gaza mengalami krisis makanan atau lebih teruk lagi, 576,600 orang mengalami kelaparan yang sangat teruk.

“Itulah yang dihadapi oleh penduduk Gaza ketika ini. Pengepungan ini adalah untuk menarik perhatian orang ramai dan mengingatkan mereka bahawa krisis kemanusiaan sedang berlangsung sekarang,” kata Tian Chua.

Program di bawah Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) itu disertai Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Gabungan Wanita Malaysia untuk Al-Quds dan Palestin (MWCQP), BDS Malaysia, Viva Palestina Malaysia, Bersih dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan beberapa pertubuhan pelajar.

Penyertaan parti politik pula terdiri daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Pejuang Tanah Air dan gabungan Pakatan Harapan (PH) serta Perikatan Nasional (PN). – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *