Connect with us

Terkini

‘Kabinet balas budi’ – Ahmad Fadhli

Rombakan Kabinet Kerajaan Madani dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai sebarang perkara menarik dan disifatkan sebagai ‘kabinet balas budi’, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari.

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari.
  • Rombakan Kabinet Kerajaan Madani dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai sebarang perkara menarik dan disifatkan sebagai ‘kabinet balas budi’, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari.
  • Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, ini kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mengekalkan pemimpin terpalit dengan tuduhan salah guna kuasa dalam rombakan itu.
  • “Kenapa begitu? Kerana rakyat tidak melihat satu tindakan yang pro aktif ke arah memastikan kabinet bersih dari sebarang tohmahan negatif apabila masih mengekalkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) yang pernah terpalit dengan tuduhan salah guna kuasa sekali pun telah ‘dibersihkan’ dengan tindakan dari Peguam Negara yang enggan meneruskan kes.
  • “Betapa kelirunya pengamal undang-undang dengan tindakan ini sehingga Majlis Peguam sendiri memfailkan semakan kehakiman untuk menyemak kuasa dan keputusan Peguam Negara mengeluarkan perintah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid berkaitan kes dana Yayasan Akalbudi minggu lepas,” kata Ahmad Fadhli dalam hantaran di Facebook, hari ini.
  • Rombakan kabinet hari ini menyaksikan jumlah keseluruhan Ahli Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri meningkat dari 55 kepada 60 orang, namun jumlah itu masih rendah dibandingkan dengan 70 ahli kabinet pentadbiran kerajaan sebelum ini.

KUALA LUMPUR – Rombakan Kabinet Kerajaan Madani dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai sebarang perkara menarik dan disifatkan sebagai ‘kabinet balas budi’, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari.

Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, ini kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mengekalkan pemimpin terpalit dengan tuduhan salah guna kuasa dalam rombakan itu.

Sewaktu Tan Sri Muhyidin Yasin umumkan kabinetnya pada Mac 2020 yang lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada masa itu sebagai Presiden PKR menyifatkan ia sebagai ‘kabinet terdesak’. Hari ini saya sifatkan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebagai ‘kabinet balas budi’.

“Kenapa begitu? Kerana rakyat tidak melihat satu tindakan yang pro aktif ke arah memastikan kabinet bersih dari sebarang tohmahan negatif apabila masih mengekalkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) yang pernah terpalit dengan tuduhan salah guna kuasa sekali pun telah ‘dibersihkan’ dengan tindakan dari Peguam Negara yang enggan meneruskan kes.

“Betapa kelirunya pengamal undang-undang dengan tindakan ini sehingga Majlis Peguam sendiri memfailkan semakan kehakiman untuk menyemak kuasa dan keputusan Peguam Negara mengeluarkan perintah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid berkaitan kes dana Yayasan Akalbudi minggu lepas,” kata Ahmad Fadhli dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Ahmad Fadhli berkata tiada yang menarik dalam rombakan kabinet kerajaan, melainkan hanya bertindak selepas setahun belajar dari kesilapan. 

“Contohnya, pemisahan semula bidang kuasa  alam sekitar dan air dengan tenaga. Ketika penggabungan kedua-dua bidang kuasa ini dibuat tahun lepas, AJK PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang juga bekas setiausaha politik Menteri KASA era Perikatan Nasional menulis bahawa ia merupakan langkah mundur ke belakang.

“Hari ini, Alhamdulillah kerajaan bertindak memisahkan semula dua bidang kuasa ini setelah setahun belajar bahawa tindakan menggabungkan kedua-duanya ialah salah,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli turut mengkritik jumlah Menteri yang dilihat terlalu besar meskipun dahulu Kerajaan Madani dilihat bercita-cita untuk mengecilkan saiz kabinet.

“Kabinet diperbesarkan walaupun dulunya disebut-sebut mengecilkan kabinet itu sebagai langkah penjimatan, nah sekarang adakah kerajaan mengambil langkah pembaziran?

“Hakikatnya, besar atau kecil kabinet berasaskan keperluan. Jika perlu besar, nah perbesarkanlah. Jika perlu kecil, perkecilkan. Tidak perlu mengaitkan dengan langkah pentadbiran sebelum ini,” kata Ahmad Fadhli. 

Rombakan kabinet hari ini menyaksikan jumlah keseluruhan Ahli Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri meningkat dari 55 kepada 60 orang, namun jumlah itu masih rendah dibandingkan dengan 70 ahli kabinet pentadbiran kerajaan sebelum ini. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *