Antarabangsa
Israel akui sukar tewaskan Hamas
Menewaskan kumpulan pejuang Palestin, Hamas kekal elusif (samar), kata bekas Ketua Bahagian Perisikan Tentera Israel, Tamir Hayman.

- Menewaskan kumpulan pejuang Palestin, Hamas kekal elusif (samar), kata bekas Ketua Bahagian Perisikan Tentera Israel, Tamir Hayman.
- Dalam siaran analisis Saluran 12 Israel semalam, Tamir mengakui masih banyak perlu dilakukan tentera rejim zionis di utara wilayah konflik itu.
- “Kita mesti membeli masa kerana kita tidak mempunyai pilihan lain, (langkah) pencegahan serta keselamatan kita di Timur Tengah akan menjamin kemenangan besar. Kesimpulannya buat masa ini adalah kita masih jauh dari (aspirasi) itu,” katanya dipetik agensi berita Anadolu.
- Tamir percaya menghapuskan Hamas adalah cabaran yang memerlukan 60 peratus keupayaan ketenteraan kumpulan pejuang Palestin itu dimusnahkan.
KUALA LUMPUR – Menewaskan kumpulan pejuang Palestin, Hamas kekal elusif (samar), kata bekas Ketua Bahagian Perisikan Tentera Israel, Tamir Hayman.
Dalam siaran analisis Saluran 12 Israel semalam, Tamir mengakui masih banyak perlu dilakukan tentera rejim zionis di utara wilayah konflik itu.
“Kita mesti membeli masa kerana kita tidak mempunyai pilihan lain, (langkah) pencegahan serta keselamatan kita di Timur Tengah akan menjamin kemenangan besar.
“Kesimpulannya buat masa ini adalah kita masih jauh dari (aspirasi) itu,” katanya dipetik agensi berita Anadolu.
Tamir percaya menghapuskan Hamas adalah cabaran memerlukan 60 peratus keupayaan ketenteraan kumpulan pejuang Palestin itu dimusnahkan.
Beliau berpendapat pertempuran di selatan Gaza “lebih rumit” memandangkan kawasan itu mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
“Selepas bertambahnya sekitar sejuta orang yang berpindah dari utara Gaza ke selatan (wilayah itu) dengan kira-kira dua juta penduduk kini mendiami kawasan sekitar 200 kilometer persegi (kira-kira 78 batu persegi),” katanya.
Al Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 16,248 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 42,000 cedera sejak rejim zionis Israel melancarkan kempen ketenteraan besar-besaran di Gaza ekoran serangan rentas sempadan Hamas pada 7 Oktober lalu.
Di pihak negara haram Israel, 1,200 orang dilaporkan terkorban, demikian menurut angka rasmi. – The Merdeka Times
