Antarabangsa
Dipaksa terima “agenda LGBT”, Uganda kutuk AS
Uganda mengutuk keras Amerika Syarikat (AS) ekoran tindakan sekatan visa ke atas pegawai kerajaan Uganda yang dilihat sebagai cubaan Washington memaksa “agenda LGBT” di Afrika.
- Uganda mengutuk keras Amerika Syarikat (AS) ekoran tindakan sekatan visa ke atas pegawai kerajaan Uganda yang dilihat sebagai cubaan Washington memaksa “agenda LGBT” di Afrika.
- Africanews melaporkan sekatan itu dibuat ke atas beberapa individu Uganda yang tidak dinamakan AS secara rasmi.
- Menurut AS, individu tersenarai antara yang bertanggungjawab “meremehkan demokrasi dan menindas kumpulan tertindas, termasuk komuniti LGBTQ”.
- Menteri Luar Uganda, Henry Okello Oryem menegaskan negaranya tidak akan berpatah balik dari penguatkuasaan rang undang-undang anti-LBTQ negara itu.
- Menteri luar itu turut memberitahu AFP bahawa tindakan “sesetengah kumpulan di AS dan Barat“ cuba membuat (warga Afrika dan Uganda) menerima hubungan sejenis menggunakan bantuan dan hutang sebagai imbalan adalah sesuatu yang tidak dapat disangkal.
Uganda mengutuk keras Amerika Syarikat (AS) ekoran tindakan sekatan visa ke atas pegawai kerajaan Uganda yang dilihat sebagai cubaan Washington memaksa “agenda LGBT” di Afrika.
Africanews melaporkan sekatan itu dibuat ke atas beberapa individu Uganda yang tidak dinamakan AS secara rasmi.
Menurut AS, individu tersenarai antara yang bertanggungjawab “meremehkan demokrasi dan menindas kumpulan tertindas, termasuk komuniti LGBTQ”.
Menteri Luar Negeri Uganda, Henry Okello Oryem menegaskan negaranya tidak akan berpatah balik dari penguatkuasaan rang undang-undang anti-LBTQ negara itu.
Menteri luar itu turut memberitahu AFP bahawa tindakan “sesetengah kumpulan di AS dan Barat“ cuba membuat (warga Afrika dan Uganda) menerima hubungan sejenis menggunakan bantuan dan hutang sebagai imbalan adalah sesuatu yang tidak dapat disangkal.
“Mengapa mereka tidak mengadakan sekatan kepada negara-negara Timur Tengah yang menjalankan undang-undang sama atau lebih tegas terhadap (pendokong) LGBT?
“Jika mereka menafikan visa Menteri Parlimen kami, mereka akan (pergi) ke Shanghai, Guangzhou. Ada banyak lokasi cantik untuk dilawat,” katanya kepada Reuters.
AS melaksanakan pusingan pertama sekatan visa ke atas pegawai Uganda pada Jun lalu, sebagai tindak balas kepada Akta Anti-Homoseksualiti negara itu.
Berikutan sekatan itu, Bank Dunia juga menggantung kebolehan Uganda membuat pinjaman baharu bermula Ogos lalu.
Sumber: Africanews