Antarabangsa
Bertegas wanita transgender adalah lelaki, Ahli Majlis Perbandaran Australia disiasat
Seorang ahli majlis perbandaran di Australia disiasat di bawah Suruhanjaya Anti Diskriminasi selepas beliau bertegas mengatakan perempuan transgender adalah lelaki.

- Seorang ahli majlis perbandaran di Australia disiasat di bawah Suruhanjaya Anti Diskriminasi selepas beliau bertegas mengatakan perempuan transgender adalah lelaki.
- Louise Elliot yang merupakan Ahli Majlis Perbandaran Hobart berhadapan dengan siasatan formal Tribunal Sivil dan Pentadbiran Tasmania yang boleh membawa kepada hukuman maaf secara terbuka dan denda maksimum $4,000.
- Mac lalu, Elliot yang hadir pada demonstrasi ‘Let Women Speak’ dianjurkan badan hak aktivis wanita, Standing For Women iaitu badan berkata, adalah mustahil untuk seseorang mengubah jantina dan seorang perempuan transgender tetap perempuan transgender iaitu lelaki secara biologi.
- Kenyataannya itu mengundang padah selepas satu aduan dibuat pihak tidak didedahkan identitinya mendakwa kenyataan Elliot berniat menghasut.
AUSTRALIA – Seorang ahli majlis perbandaran di Australia disiasat di bawah Suruhanjaya Anti Diskriminasi selepas beliau bertegas mengatakan perempuan transgender adalah lelaki.
Louise Elliot yang merupakan Ahli Majlis Perbandaran Hobart berhadapan dengan siasatan formal Tribunal Sivil dan Pentadbiran Tasmania yang boleh membawa kepada hukuman maaf secara terbuka dan denda maksimum $4,000.
Mac lalu, Elliot yang hadir pada demonstrasi ‘Let Women Speak’ dianjurkan badan hak aktivis wanita, Standing For Women iaitu badan berkata, adalah mustahil untuk seseorang mengubah jantina dan seorang perempuan transgender tetap perempuan transgender iaitu lelaki secara biologi.
Beliau turut menyuarakan kekhuatiran mengenai ideologi gender yang memberi impak terhadap polisi wanita.
“Ketika mana majoriti lelaki terdiri daripada mereka yang baik, penyayang dan prihatin, terdapat dalam kalangan mereka yang memberi ancaman bahaya terhadap wanita.
“Majoriti besar pelaku jenayah seksual adalah lelaki. Maka tidak hairan jika para wanita menginginkan satu tempat khas buat mereka seperti bilik pertukaran pakaian, tandas dan bilik mandi.
“Adalah satu kegilaan apabila terdapat undang-undang yang membenarkan seorang lelaki mengaku dirinya sebagai perempuan pada jam 10 pagi dan berkongsi bilik pertukaran pakaian dan mandi dengan perempuan pada jam 11 pagi,” katanya dipetik Reduxx pada Jumaat lalu.
Kenyataannya itu mengundang padah selepas satu aduan dibuat pihak tidak didedahkan identitinya mendakwa kenyataan Elliot berniat menghasut.
“Sekiranya perempuan transgender adalah perempuan, kenapa mereka tidak boleh bertanding di Olimpik,” kata netizen, Bruce di platform X menyokong Elliot.
“Jika kenyataan berfakta awak (Elliot) dianggap menabur kebencian, maka adalah satu bentuk kebencian jika menentang awak,” kata pemilik akaun Quiet Observer.
Netizen, John pula meluahkan kekesalan terhadap keadaan ketika ini yang menghalang seseorang untuk bersuara.
“Amat menyedihkan kerana awak bukan saja berada dalam masalah kerana mendedahkan kebenaran tetapi juga menyuarakan pendapat,” katanya. – The Merdeka Times
