Antarabangsa
WHO beri amaran risiko penularan penyakit berjangkit di Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu memberi amaran tentang risiko tinggi merebaknya penyakit di Gaza disebabkan serangan udara Israel.
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu memberi amaran tentang risiko tinggi merebaknya penyakit di Gaza disebabkan serangan udara Israel.
- Pengeboman udara Israel telah mengganggu sistem kesihatan dan akses kepada air bersih serta menyebabkan orang ramai bersesak di tempat perlindungan.
- “Memandangkan peningkatan kematian dan kecederaan di Gaza terus meningkat disebabkan pertempuran sengit, kesesakan teruk, terjejasnya sistem kesihatan, air dan sanitasi mendatangkan bahaya tambahan: (iaitu) penyebaran pantas penyakit berjangkit,” kata WHO dalam kenyataan di laman sesawangnya.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu memberi amaran tentang risiko tinggi merebaknya penyakit di Gaza disebabkan serangan udara Israel.
Pengeboman udara Israel telah mengganggu sistem kesihatan dan akses kepada air bersih serta menyebabkan orang ramai bersesak-sesak di tempat perlindungan.
“Memandangkan peningkatan kematian dan kecederaan di Gaza terus meningkat disebabkan pertarungan sengit, kesesakan teruk, terjejasnya sistem kesihatan, air dan sanitasi mendatangkan bahaya tambahan: (iaitu) penyebaran pantas penyakit berjangkit,” kata WHO dalam kenyataan di laman sesawangnya.
WHO juga menegaskan beberapa trend yang membimbangkan sudah mula kelihatan.
“Kekurangan bahan api telah menyebabkan penutupan loji penyahgaraman, (perkara ini) dengan ketara meningkatkan risiko jangkitan kuman seperti cirit-birit, merebak apabila air tercemar digunakan orang ramai,” katanya dipetik Palestine Chronicle.
Organisasi itu menegaskan keperluan “segera dipercepatkan akses untuk bantuan kemanusiaan – termasuk bahan api, air, makanan dan bekalan perubatan – keluar masuk Gaza”.
Setakat ini, Israel dilaporkan membunuh lebih 10,569 individu, termasuk 4,324 kanak-kanak dan 2,823 wanita, serta mencederakan 26,475 yang lain.
Laporan Kementerian Kesihatan Palestin dan organisasi antarabangsa menyebut majoriti terbunuh dan cedera adalah dari kalangan wanita dan kanak-kanak.
Sumber: Palestine Chronicle