Connect with us

Antarabangsa

White House berterusan elak kritik tindakan Israel terhadap Gaza

Pejabat pentadbiran Amerika Syarikat (AS), White House berterusan mengelak mengkritik tindakan tentera Israel di Gaza, termasuk serangan ke atas kem pelarian yang meragut berpuluh-puluh nyawa rakyat Palestin pada Selasa lalu.

Wartawan TMT

Published

on

White House berterusan elak kritik tindakan Israel terhadap Gaza
Foto: Jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan AS, John Kirby.
  • Pejabat pentadbiran Amerika Syarikat (AS), White House berterusan mengelak mengkritik tindakan tentera Israel di Gaza, termasuk serangan ke atas kem pelarian yang meragut berpuluh-puluh nyawa rakyat Palestin pada Selasa lalu.
  • White House menegaskan, AS tidak akan memberi sebarang maklum balas terhadap apa sahaja perkembangan terbaharu di wilayah peperangan antara Israel dan Hamas itu.
  • Jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan AS, John Kirby, AS sebaliknya, berkata, AS lebih kerap berhubung dengan Israel dengan memberi penekanan mengenai kepentingan melindungi nyawa orang awam.
  • “Kami akan berhati-hati dalam mengambil tindakan terhadap setiap apa yang berlaku di lapangan,” kata Kirby kepada CNN, sambil menegaskan, AS masih mengumpul maklumat mengenai serangan tersebut.

PEJABAT pentadbiran Amerika Syarikat (AS), White House berterusan mengelak daripada mengkritik tindakan tentera Israel di Gaza, termasuk serangan ke atas kem pelarian yang meragut berpuluh-puluh nyawa rakyat Palestin pada Selasa lalu.

White House menegaskan, AS tidak akan memberi sebarang maklum balas terhadap apa sahaja perkembangan terbaharu di wilayah peperangan antara Israel dan Hamas itu.

Jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan AS, John Kirby, AS sebaliknya, berkata, AS lebih kerap berhubung dengan Israel dengan memberi penekanan mengenai kepentingan melindungi nyawa orang awam.

“Kami akan berhati-hati dalam mengambil tindakan terhadap setiap apa yang berlaku di lapangan,” kata Kirby kepada CNN, sambil menegaskan, AS masih mengumpul maklumat mengenai serangan tersebut.

Beliau, dalam masa sama, tidak dapat memberikan anggaran kematian rakyat AS.

Tidak ketinggalan, Kirby juga enggan berkongsi lanjut reaksi peribadi Presiden AS, Joe Biden terhadap serangan udara yang berlaku pada Selasa lalu.

“Tiada perbualan yang kita (AS) ada dengan rakan sejawatan di Israel yang tidak mencerminkan kebimbangan berterusan kita terhadap kematian orang awam dan menggesa mereka untuk berhati-hati untuk mengelakkan risiko tersebut,” katanya.

“Anda akan terus mendengar daripada Presiden (AS) mengenai kebimbangan besar kita terhadap keselamatan orang awam,” tambah Kirby lagi. 

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Turkiye import minyak dari Iran, abai sekatan AS

Turkiye menyambung semula pengimportan minyak dari Iran setelah empat tahun operasi itu dihentikan, demikian menurut data dikeluarkan Eurostat.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Bekas Presiden Iran, Ebrahim Raisi (kiri) & Presiden Recep Tayyip Erdogan (kanan).
  • Turkiye menyambung semula pengimportan minyak dari Iran setelah empat tahun operasi itu dihentikan, demikian menurut data dikeluarkan Eurostat.
  • Langkah itu diambil setelah semakin banyak negara mengabaikan sekatan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran dan langkah memanfaatkan rekod baik penjualan minyak Tehran kepada pasaran Asia.
  • Pada Mac 2024, Turkiye mengimport 576 tan metrik minyak dari Iran dan 485 tan metrik minyak pada April.
  • Tindakan itu menunjukkan perubahan ketara sejak Ogos 2020 apabila Turkiye mengambil tindakan menghentikan pengimportan minyak Iran dalam mematuhi sekatan AS.

Turkiye menyambung semula pengimportan minyak dari Iran setelah empat tahun operasi itu dihentikan, demikian menurut data dikeluarkan Eurostat.

Langkah itu diambil setelah semakin banyak negara mengabaikan sekatan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran dan langkah memanfaatkan rekod baik penjualan minyak Tehran kepada pasaran Asia.

Pada Mac 2024, Turkiye mengimport 576 tan metrik minyak dari Iran dan 485 tan metrik minyak pada April.

Tindakan itu menunjukkan perubahan ketara sejak Ogos 2020 apabila Turki mengambil tindakan menghentikan pengimportan minyak Iran dalam mematuhi sekatan AS.

Penyambungan semula import minyak dari Iran dilihat sebagai sebahagian trend yang semakin meluas dengan negara Eropah lain juga meningkatkan pembelian minyak mereka dari Iran. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending