Connect with us

Video

(VIDEO) Isu Palestin-Israel: Grab “jangan langsi sangat” dengan pengguna Malaysia, Indonesia – KJ

Syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab diingatkan supaya berhati-hati dengan fenomena boikot susulan isu Palestin-Israel kerana ia turut melibatkan penggunanya di Malaysia dan Indonesia, kata bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Avatar

Published

on

Isu Palestin-Israel: Grab "jangan langsi sangat" dengan pengguna Malaysia, Indonesia – KJ
Foto: Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

KUALA LUMPUR – Syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab diingatkan supaya berhati-hati dengan fenomena boikot susulan isu Palestin-Israel kerana ia turut melibatkan penggunanya di Malaysia dan Indonesia, kata bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Ia susulan tularnya hantaran isteri kepada pengasas Grab di akaun media sosialnya yang memuji Israel baru-baru ini.

Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau berkata, walaupun Grab mengeluarkan kenyataan mereka memihak kepada kemanusiaan, namun ia dilihat tidak bertepatan dengan sentimen semasa di Malaysia dan Indonesia ketika ini.

“Kita periksa laporan kewangan mereka dan tidak dinyatakan pembahagian secara geografinya negara manakah yang memberi keuntungan besar kepada mereka (Grab), tetapi saya yakin sebahagiannya daripada Malaysia dan Indonesia.

“Jadi, saya rasa tak bolehlah ‘tone deaf’ seolah-olah membuat respons yang lari jauh daripada sentimen pasaran anda meskipun dalam aspek politik. Saya kira ia telah membawa kepada usaha memboikot.

“Jangan langsi sangat, jangan fikir kerana syarikat awak merupakan syarikat New York, awak masih mempunyai banyak pasaran di Malaysia, baca sentimen pasaran anda,” katanya dalam Podcast Keluar Sekejap di sini semalam.

Advertisement

Khairy yang pernah menyertai Misi Freedom Flotilla II bagi memecahkan kepungan rejim zionis Israel ke atas Gaza pada 2011 berkata, boikot merupakan senjata  yang sangat ampuh memandangkan isu konflik Palestin-Israel sedang panas.

Katanya, ketika ini terdapat perbincangan serius mengenai produk mana yang harus diboikot dan sudah pasti rakyat di Malaysia memerhati perkara ini. – The Merdeka Times

Sumber: Keluar Sekejap

Author

Terkini

(VIDEO) Ahli Parlimen kerajaan, pembangkang kritik Menteri Kesihatan gugurkan GEG

Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang semalam mengkritik Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dan pelobi industri vape dan tembakau susulan pengguguran peruntukan berkaitan Generasi Penamat Rokok (GEG) daripada Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Hidayah Sani

Published

on

Ahli Parlimen kerajaan, pembangkang kritik Menteri Kesihatan gugurkan GEG
Foto: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, (kiri atas) & Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (tengah atas) & Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary (kanan atas) & Ahli Parlimen Segamat R. Yuneswaran (kiri bawah) & Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.
  • Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang semalam mengkritik Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dan pelobi industri vape dan tembakau susulan pengguguran peruntukan berkaitan Generasi Penamat Rokok (GEG) daripada Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.
  • Mereka mendakwa Dr Zaliha tunduk kepada pelobi dan pemain industri tembakau sehingga peruntukan berkaitan GEG digugurkan.
  • Dakwaan itu tetap timbul sekalipun Dr Zaliha sebelum ini menjelaskan ia digugurkan kerana Pejabat Peguam Negara (AGC) berpandangan GEG “tidak berperlembagaan”.
  • Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) ketika membahaskan RUU itu di Dewan rakyat semalam menegaskan penggubal undang-undang adalah 222 Ahli Parlimen yang mempunyai pelbagai latar belakang berbeza.
  • “Saya amat kecewa dan saya yakin Yang Berhormat Menteri juga mungkin ada tekanan-tekanan daripada orang yang gila rokok ini di luar sana yang mahu menyelamatkan syarikat-syarikat tobacco ini yang tiada hati dan perut dan sanggup melihat nyawa rakyat itu dibiar mati tapi you want to defend the constitution. This is very very unethical and I against this law,” kata R. Yuneswaran (PH-Segamat).

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang semalam mengkritik Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dan pelobi industri vape dan tembakau susulan pengguguran peruntukan berkaitan Generasi Penamat Rokok (GEG) daripada Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Mereka mendakwa Dr Zaliha tunduk kepada pelobi dan pemain industri tembakau sehingga peruntukan berkaitan GEG digugurkan.

Dakwaan itu tetap timbul sekalipun Dr Zaliha sebelum ini menjelaskan ia digugurkan kerana Pejabat Peguam Negara (AGC) berpandangan GEG “tidak berperlembagaan”.

Foto: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.

Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) ketika membahaskan RUU itu di Dewan Rakyat semalam menegaskan penggubal undang-undang adalah 222 Ahli Parlimen yang mempunyai pelbagai latar belakang berbeza.

“Tentang Artikel 8 (yang menjamin kesaksamaan di sisi undang-undang) pihak yang boleh tafsirkan undang-undang itu bukan peguam negara atau Ahli Parlimen tapi hakim di mahkamah kalau kita buat undang-undang bercanggah Perlembagaan negara, pihak lain boleh bawa ke mahkamah. 

“…mahkamah yang tentukan bukan peguam negara jadi gatekeeper. Kalau macam ini, tak payah ada Parlimen. Biar Peguam Negara dan kabinet saja yang buat undang-undang.

“Tidak begitu hasrat negara demokrasi bagi peluang 222 Ahli Parlimen bincang boleh jadi RUU GEG itu kalah, ditolak tak apalah itu demokrasi tapi ini belum apa-apa bincang kita dah tarik diri (gugurkan GEG).

“Ini kita kalah dengan pelobi dari tobacco industri yang besar, saya sangat sedih Yang Berhormat Menteri,” katanya ketika sesi perbahasan RUU Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 semasa bacaan kedua di Dewan Rakyat pada Rabu.

Advertisement

Foto: Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah.

Senada dengan Hassan, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) mempersoalkan mengapa asas kepentingan kesihatan awam tidak digunakan sebagai hujah untuk mempertahankan peruntukan GEG jika ada pertikaian mengatakan GEG boleh dicabar kerana tidak memberikan hak sama rata antara dua kelompok. 

Beliau meminta Menteri Kesihatan untuk berterus-terang tentang alasan sebenar di sebalik pengguguran GEG daripada RUU berkenaan.

“Saya berharap agar RUU ini bukan sekadar hiasan untuk memuaskan rungutan pihak-pihak yang telah bersuara. Ia perlu melindungi rakyat Malaysia terutamanya golongan yang berisiko menjadi perokok pada masa depan. 

“Jelas pengguguran peruntukan ini dibuat mengikut telunjuk industri vape dan rokok,” kata Suhaimi.

Foto: Ahli Parlimen Segamat, R. Yuneswaran.

R. Yuneswaran (PH-Segamat) turut menyatakan kekecewaan beliau dengan menyifatkan kegagalan membentangkan peruntukan GEG itu sebagai satu langkah terbelakang.

Beliau mempersoalkan apakah kerajaan lebih memilih untuk tunduk kepada ‘pelobi’ di luar sana dengan membiarkan rakyat di negara ini mati setiap tahun di mana menurutnya hampir 27,000 orang telah meninggal pada setiap tahun.

“Saya dimaklum juga, cukai daripada rokok untuk setahun adalah dalam lingkungan 2.3 billion dan wang yang kita belanjakan untuk pesakit kronik dan hospital adalah hampir 8 billion ringgit. 

“Dimanakah justifikasinya ada (pihak) di luar sana yang masih mahu menyelamatkan rokok tetapi bukan nyawa manusia ini?

Advertisement

“Saya amat kecewa dan saya yakin Yang Berhormat Menteri juga mungkin ada tekanan-tekanan daripada orang yang gila rokok ini di luar sana yang mahu menyelamatkan syarikat-syarikat tobacco ini yang tiada hati dan perut dan sanggup melihat nyawa rakyat itu dibiar mati tapi you want to defend the constitution. This is very very unethical and I against this law,” kata R. Yuneswaran.

Foto: Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) berkata jemaah menteri yang ada hari ini sepatutnya mempunyai ‘political will’ untuk melaksanakan GEG bagi melindungi dan memelihara generasi akan datang, bukannya membangkitkan 1001 alasan yang dipertikaikan.

Ahmad Marzuk berkata pelaksanaan GEG sebagai sebahagian strategi endgame perlu dilaksanakan kerana industri rokok dan rokok elektronik hanya memberi sumbangan yang minimal kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Tuan Yang Dipertua, bagaimana GEG boleh dikatakan melanggar Perlembagaan sedangkan sewaktu GEG ini dibawa Khairy Jamaluddin, Mantan Menteri Kesihatan kita bagi kredit kepada beliau yang berusaha bersungguh-sungguh bersama dengan kementerian. 

“Pada waktu itu Jabatan Peguam Negara tidak menyatakan GEG sebagai unconstitutional malah GEG dibentangkan dan telah banyak perbincangan, kajian, sesi libat urus bersama pakar-pakar termasuk pakar undang-undang,” kata Ahmad Marzuk. — The Merdeka Times

Sumber : Youtube Parlimen Malaysia

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending