Connect with us

Antarabangsa

Tunisia jenayahkan normalisasi dengan Israel, anggap ia ‘pengkhianatan tertinggi’

Parlimen Tunisia pada 2 November lalu membahaskan rang undang-undang (RUU) yang akan menjenayahkan sebarang usaha menormalisasikan hubungan dengan Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Tunisia jenayahkan normalisasi dengan Israel, anggap ia 'pengkhianatan tertinggi'
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Parlimen Tunisia pada 2 November lalu membahaskan rang undang-undang (RUU) yang akan menjenayahkan sebarang usaha menormalisasikan hubungan dengan Israel.
  • RUU itu menakrifkan “normalisasi” sebagai “pengiktirafan terhadap entiti zionis atau mengadakan “hubungan langsung atau tidak langsung” dengannya, sebagai satu jenayah dikelaskan sebagai “pengkhianatan tertinggi”.
  • Sesiapa yang didapati bersalah dengan “jenayah normalisasi” bakal berdepan hukuman penjara antara enam hingga ke 10 tahun dengan denda dari $3,140 hingga ke $31,402 (RM14,720 hingga RM147,200), jelas teks RUU itu.
  • Mereka yang didapati melakukan kesalahan berulang pula akan ditetapkan menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Parlimen Tunisia pada 2 November lalu membahaskan rang undang-undang (RUU) yang akan menjenayahkan sebarang usaha menormalisasikan hubungan dengan Israel.

RUU itu menakrifkan “normalisasi” sebagai “pengiktirafan terhadap entiti zionis atau mengadakan “hubungan langsung atau tidak langsung” dengannya, sebagai satu jenayah dikelaskan sebagai “pengkhianatan tertinggi”.

Sesiapa yang didapati bersalah dengan “jenayah normalisasi” bakal berdepan hukuman penjara antara enam hingga ke 10 tahun dengan denda dari $3,140 hingga ke $31,402 (RM14,720 hingga RM147,200), jelas teks RUU itu. 

Mereka yang didapati melakukan kesalahan berulang pula akan ditetapkan menjalani hukuman penjara seumur hidup.

“Terdapat persetujuan menyeluruh di antara presiden, parlimen dan pendapat umum,” kata Speaker Parlimen, Brahim Bouderbala dipetik TRT World.

“Kami sekuat-kuatnya percaya bahawa Palestin mesti dibebaskan dari sungai sehingga ke laut.. dan negara Palestin mesti ditubuhkan dengan Baitulmaqdis suci sebagai ibu kotanya,” katanya.

Undang-undang itu juga melarang sebarang interaksi antara rakyat Tunisia dan Israel, termasuk sebarang “acara, demonstrasi, mesyuarat, pameran dan pertandingan”.

Larangan itu tidak mengira konteks sama ada “politik, ekonomi, saintifik, budaya, seni atau sukan” di wilayah dimiliki atau diduduki Israel.

Sejak sebulan lalu, beribu-ribu rakyat Tunisia turun ke jalanan sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin di Gaza yang menjadi mangsa genosid rejim haram Israel sejak bermulanya serangan balas mengejut Hamas pada 7 Oktober lalu.

Sumber: TRT World

Author

Antarabangsa

Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis

Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi.
  • Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
  • Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
  • Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
  • Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.

Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.

Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.

Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.

Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.

“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.

Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.

Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.

Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.

Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending