Antarabangsa
Tunisia jenayahkan normalisasi dengan Israel, anggap ia ‘pengkhianatan tertinggi’
Parlimen Tunisia pada 2 November lalu membahaskan rang undang-undang (RUU) yang akan menjenayahkan sebarang usaha menormalisasikan hubungan dengan Israel.
- Parlimen Tunisia pada 2 November lalu membahaskan rang undang-undang (RUU) yang akan menjenayahkan sebarang usaha menormalisasikan hubungan dengan Israel.
- RUU itu menakrifkan “normalisasi” sebagai “pengiktirafan terhadap entiti zionis atau mengadakan “hubungan langsung atau tidak langsung” dengannya, sebagai satu jenayah dikelaskan sebagai “pengkhianatan tertinggi”.
- Sesiapa yang didapati bersalah dengan “jenayah normalisasi” bakal berdepan hukuman penjara antara enam hingga ke 10 tahun dengan denda dari $3,140 hingga ke $31,402 (RM14,720 hingga RM147,200), jelas teks RUU itu.
- Mereka yang didapati melakukan kesalahan berulang pula akan ditetapkan menjalani hukuman penjara seumur hidup.
Parlimen Tunisia pada 2 November lalu membahaskan rang undang-undang (RUU) yang akan menjenayahkan sebarang usaha menormalisasikan hubungan dengan Israel.
RUU itu menakrifkan “normalisasi” sebagai “pengiktirafan terhadap entiti zionis atau mengadakan “hubungan langsung atau tidak langsung” dengannya, sebagai satu jenayah dikelaskan sebagai “pengkhianatan tertinggi”.
Sesiapa yang didapati bersalah dengan “jenayah normalisasi” bakal berdepan hukuman penjara antara enam hingga ke 10 tahun dengan denda dari $3,140 hingga ke $31,402 (RM14,720 hingga RM147,200), jelas teks RUU itu.
Mereka yang didapati melakukan kesalahan berulang pula akan ditetapkan menjalani hukuman penjara seumur hidup.
“Terdapat persetujuan menyeluruh di antara presiden, parlimen dan pendapat umum,” kata Speaker Parlimen, Brahim Bouderbala dipetik TRT World.
“Kami sekuat-kuatnya percaya bahawa Palestin mesti dibebaskan dari sungai sehingga ke laut.. dan negara Palestin mesti ditubuhkan dengan Baitulmaqdis suci sebagai ibu kotanya,” katanya.
Undang-undang itu juga melarang sebarang interaksi antara rakyat Tunisia dan Israel, termasuk sebarang “acara, demonstrasi, mesyuarat, pameran dan pertandingan”.
Larangan itu tidak mengira konteks sama ada “politik, ekonomi, saintifik, budaya, seni atau sukan” di wilayah dimiliki atau diduduki Israel.
Sejak sebulan lalu, beribu-ribu rakyat Tunisia turun ke jalanan sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin di Gaza yang menjadi mangsa genosid rejim haram Israel sejak bermulanya serangan balas mengejut Hamas pada 7 Oktober lalu.
Sumber: TRT World