Connect with us

Antarabangsa

Tahanan baru Palestin hampir menyamai tahanan dibebaskan dalam gencatan senjata sementara

Tentera rejim pengganas Israel melakukan tangkapan baru penduduk Palestin hampir menyamai jumlah tahanan dibebaskan mereka berdasarkan perjanjiannya dengan Hamas.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera rejim pengganas Israel melakukan tangkapan baru penduduk Palestin hampir menyamai jumlah tahanan dibebaskan mereka berdasarkan perjanjiannya dengan Hamas.
  • Menurut Persatuan Tahanan Palestin, sepanjang empat hari pertama gencatan senjata sementara bermula Jumaat lalu di antara Israel dan Hamas, rejim zionis Israel menahan sekurang-kurangnya 133 warga Palestin dari Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat.
  • Sepanjang empat hari itu juga rejim Israel membebaskan 150 tahanan terdiri daripada 117 kanak-kanak dan 33 wanita.
  • Hamas pula membebaskan 69 tahanan yang terdiri daripada 51 warga Israel dan 18 warganegara luar.

Tentera rejim pengganas Israel melakukan tangkapan baru penduduk Palestin hampir menyamai jumlah tahanan dibebaskan mereka berdasarkan perjanjiannya dengan Hamas.

Menurut Persatuan Tahanan Palestin, sepanjang empat hari pertama gencatan senjata sementara bermula Jumaat lalu di antara Israel dan Hamas, rejim zionis Israel menahan sekurang-kurangnya 133 warga Palestin dari Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat.

Sepanjang empat hari itu juga rejim Israel membebaskan 150 tahanan terdiri daripada 117 kanak-kanak dan 33 wanita.

Hamas pula membebaskan 69 tahanan yang terdiri daripada 51 warga Israel dan 18 warganegara luar.

“Selagi mana berlakunya pendudukan, tangkapan tidak akan berhenti. Semua harus memahami perkara ini kerana ia polisi utama pendudukan terhadap rakyat Palestin serta kekangan dari berlakunya apa saja bentuk penentangan.

“Ini satu rutin harian – ia bukan hanya berlaku selepas 7 Oktober.

“Kami sebenarnya menganggarkan lebih ramai yang akan ditahan sepanjang empat hari ini,” kata Jurucakap Persatuan Banduan Palestin, Amany Sarahneh dipetik Al Jazeera.

Gencatan senjata sementara dirunding Qatar berjaya dimeterai setelah 51 hari pengeboman tanpa henti rejim Israel ke atas Gaza yang mengorbankan lebih 15,000 rakyat Palestin, majoritinya wanita dan kanak-kanak.

Sumber: Al Jazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *