Antarabangsa
Sebulan diserang zionis Israel, lebih 10,000 warga Palestin terbunuh di Gaza
Pengeboman Israel di seluruh Gaza berterusan apabila jumlah kematian di wilayah Palestin yang terkepung itu mencecah sekurang-kurangnya 10,022 sejak 7 Oktober lalu.
- Pengeboman Israel di seluruh Gaza berterusan apabila jumlah kematian di wilayah Palestin yang terkepung itu mencecah sekurang-kurangnya 10,022 sejak 7 Oktober lalu.
- Di Tebing Barat yang diduduki, sekurang-kurangnya 152 warga Palestin terbunuh, manakala Israel mencatatkan kematian lebih 1,400 individu dalam tempoh sama.
- Wakil Palestin di PBB, Riyad Mansour menuntut kebertanggungjawapan “jenayah-jenayah” yang dilakukan Israel dan menyalahkan Amerika Syarikat (AS) kerana menghalang perjanjian gencatan senjata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Pengeboman Israel di seluruh Gaza berterusan apabila jumlah kematian di wilayah Palestin yang terkepung itu mencecah sekurang-kurangnya 10,022 sejak 7 Oktober lalu.
Di Tebing Barat yang diduduki, sekurang-kurangnya 152 warga Palestin terbunuh, manakala Israel mencatatkan kematian lebih 1,400 individu dalam tempoh sama.
Wakil Palestin di PBB, Riyad Mansour menuntut kebertanggungjawapan “jenayah-jenayah” yang dilakukan Israel dan menyalahkan Amerika Syarikat (AS) kerana menghalang perjanjian gencatan senjata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Pasukan Bulan Sabit Merah membuat rayuan bantuan segera mengatakan bahan api di Hospital Al-Quds di Gaza City berkemungkinan habis dalam 48 jam, manakala Hospital Al-Awda mengeluarkan amaran berpotensi menghentikan operasi menjelang malam Rabu.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres memberitahu wartawan bahawa Gaza kini “menjadi kuburan kanak-kanak” dalam usahanya memperbaharui tuntutan sukar untuk mencapai gencatan senjata.
Pemantau Hak Asasi Manusia (HRW) menggesa agar disekat pemberian senjata kepada Israel dan kumpulan bersenjata Palestin.
Sumber: Al Jazeera