Connect with us

Terkini

RUU Kawalan Produk Merokok boleh dicabar di mahkamah – Peguam Negara

Jabatan Peguam Negara (AGC) negara menegaskan bahawa peruntukan berhubung Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 boleh dicabar di mahkamah.

Wartawan TMT

Published

on

RUU Kawalan Produk Merokok boleh dicabar di mahkamah - Peguam Negara
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jabatan Peguam Negara (AGC) negara menegaskan peruntukan berhubung Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 boleh dicabar di mahkamah.
  • Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh berkata, peruntukan RUU itu adalah bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
  • “Ini memandangkan peruntukan itu mewujudkan layanan undang-undang yang tidak sama rata di antara seseorang yang dilahirkan sebelum 1 Januari 2007 dan seseorang yang dilahirkan pada dan selepas 1 Januari 2007,” katanya pada Sabtu.
  • Perkara 8 (1) memperuntukkan semua orang adalah sama rata dan berhak mendapat perlindungan di sisi undang-undang.

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) negara menegaskan bahawa peruntukan berhubung Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 boleh dicabar di mahkamah.

Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh dalam kenyataan berkata, peruntukan RUU itu adalah bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

“Ini memandangkan peruntukan itu mewujudkan layanan undang-undang yang tidak sama rata di antara seseorang yang dilahirkan sebelum 1 Januari 2007 dan seseorang yang dilahirkan pada dan selepas 1 Januari 2007,” katanya pada Sabtu.

Perkara 8 (1) memperuntukkan bahawa semua orang adalah sama rata dan berhak mendapat perlindungan di sisi undang-undang.

Ia merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang disiarkan dalam portal kesihatan CodeBlue bertarikh 14 November 2023 dan laporan media tempatan pada 16 November 2023.

Sebelum ini, CodeBlue mendakwa, Kabinet telah memutuskan menggugurkan peruntukan berkaitan larangan tembakau dan vape berdasarkan umur daripada RUU tersebut.

Menurut CodeBlue, Ahmad Terrirudin berpendapat, peruntukan dalam RUU itu melanggar perlembagaan kerana bertentangan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesaksamaan di sisi undang-undang.

Pada 9 Oktober lalu, Utusan Malaysia melaporkan, RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bagi bacaan kali yang kedua ditarik balik dari dibentang oleh Kementerian Kesihatan (KKM) pada 10 Oktober lalu.

Penarikan balik RUU berkenaan yang telah melepasi kajian dan pertimbangan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi Parlimen sebelum ini perlu dibentang dan diluluskan oleh Kabinet terlebih dahulu.

RUU itu bakal melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok termasuk rokok elektronik kepada individu yang dilahirkan selepas 1 Januari 2007.

RUU itu dibentang bacaan pertama pada 12 Jun lalu dan dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan dengan penelitian dibuat oleh ahli-ahlinya untuk membuat syor penambahbaikan.

Pada 16 Oktober lalu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni memberitahu Utusan Malaysia, RUU itu yang ditarik balik pembentangannya pada minggu pertama mesyuarat Dewan Rakyat hanya akan dibawa semula ke Parlimen pada hujung bulan ini.

Baru-baru ini, Khairy dilaporkan tidak bersetuju dengan pendirian bahawa RUU berkenaan atau RUU Generasi Penamat (GEG) tidak berperlembagaan dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Katanya, semasa RUU itu dibentang di Parlimen kali pertama dahulu, pihaknya telah diminta membuat beberapa pindaan dan satu jawatankuasa pilihan khas Parlimen ditubuh dengan beliau menjadi pengerusi untuk mengkajinya.

Beliau mengulas komen Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menerusi hantaran di media sosial sebelum ini bahawa undang-undang yang tidak boleh dikuatkuasakan dan tidak berperlembagaan akan membawa kerugian berjuta-juta ringgit kepada kerajaan.

Khairy memberitahu, alasan yang diberi oleh Hannah adalah lemah dan beliau tidak boleh menerimanya.

Menurutnya, RUU itu telah beberapa kali dibawa ke Kabinet dan Parlimen semasa Khairy menjadi Menteri Kesihatan sebelum disambung oleh Dr. Zaliha Mustafa dan isu tidak berperlembagaan tidak pernah berbangkit.

Khairy dalam hantaran di Instagram pula mendakwa dua menteri Kabinet dan seseorang yang dirujuknya sebagai “the gaffer” menghalang RUU tersebut iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Taliban ‘sekutu’ Russia perangi keganasan – Putin

Presiden Russia, Vladimir Putin pada Khamis merujuk kerajaan Taliban yang menguasai Afghanistan sebagai ‘sekutu’ negara itu dalam memerangi keganasan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Presiden Russia, Vladimir Putin pada Khamis merujuk kerajaan Taliban yang menguasai Afghanistan sebagai ‘sekutu’ negara itu dalam memerangi keganasan.
  • Bercakap pada sidang media di Astana, Kazakhstan, Putin mengakui Afghanistan menghadapi masalah yang memerlukan “perhatian berterusan” dari Russia dan masyarakat antarabangsa.
  • “Secara amnya, kita perlu mengambil kira bahawa Taliban mengawal kuasa negara. Dalam hal ini, Taliban sudah tentu sekutu kita dalam memerangi keganasan, kerana mana-mana kerajaan berkuasa akan prihatin dengan kestabilan pentadbirannya dan negara diperintahnya,” katanya dipetik agensi berita Anadolu pada Khamis.

Presiden Russia, Vladimir Putin pada Khamis merujuk kerajaan Taliban yang menguasai Afghanistan sebagai ‘sekutu’ negara itu dalam memerangi keganasan.

Bercakap pada sidang media di Astana, Kazakhstan, Putin mengakui Afghanistan menghadapi masalah yang memerlukan “perhatian berterusan” dari Russia dan masyarakat antarabangsa.

“Secara amnya, kita perlu mengambil kira bahawa Taliban mengawal kuasa negara. Dalam hal ini, Taliban sudah tentu sekutu kita dalam memerangi keganasan, kerana mana-mana kerajaan berkuasa akan prihatin dengan kestabilan pentadbirannya dan negara diperintahnya,” katanya dipetik agensi berita Anadolu pada Khamis.

Pemimpin Russia itu menyatakan Moscow menerima isyarat dari Taliban yang menunjukkan kesediaan mereka bekerjasama memerangi keganasan.

Menurut Al Arabiya News, Taliban telah menentang kumpulan pelampau ISIS di Afghanistan selama bertahun-tahun.

Pada Mac lalu, pelampau ISIS membunuh lebih 140 orang dalam serangan ke atas dewan konsert Moscow, serangan keganasan paling maut di Russia selama hampir dua dekad. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending