Connect with us

Antarabangsa

Romania belum sedia iktiraf hak pasangan sejenis

Romania belum bersedia menegakkan hak pasangan sejenis di negara itu selaras keputusan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR), kata Perdana Menteri Romania, Marcel Ciolacu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Romania, Marcel Ciolacu.
  • Romania belum bersedia menegakkan hak pasangan sejenis di negara itu selaras keputusan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR), kata Perdana Menteri Romania, Marcel Ciolacu.
  • ECHR pada Mei lalu menyatakan Romania gagal menguatkuasakan hak pasangan sejenis kerana ia menafikan pengiktirafan hubungan kelompok songsang itu.
  • Ditanya sama ada Romania akan menguatkuasakan keputusan itu, Ciolacu memberi penjelasan lanjut  isu tersebut ketika bersiaran di stesen radio Europa FM.
  • “Masyarakat Romania belum bersedia untuk sebarang keputusan buat masa ini. Ia bukan salah satu dari prioriti saya dan… saya tak rasa Romania sudah bersedia,” kata Ciolacu.
  • Tinjauan kumpulan hak LGBT, ACCEPT pada 2021 menunjukkan walaupun 71 peratus warga Romania berpendapat pengiktirafan undang-undang sivil bagi pasangan sejenis tidak memberi apa-apa impak dalam kehidupan mereka, namun tinjauan itu juga menunjukkan hanya 43 peratus menyokongnya.

Romania belum bersedia menegakkan hak pasangan sejenis di negara itu selaras keputusan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR), kata Perdana Menteri Romania, Marcel Ciolacu.

ECHR pada Mei lalu menyatakan Romania gagal menguatkuasakan hak pasangan sejenis kerana ia menafikan pengiktirafan hubungan kelompok songsang itu.

Ditanya sama ada Romania akan menguatkuasakan keputusan itu, Ciolacu memberi penjelasan lanjut  isu tersebut ketika bersiaran di stesen radio Europa FM.

“Masyarakat Romania belum bersedia untuk sebarang keputusan buat masa ini. Ia bukan salah satu dari prioriti saya dan… saya tidak rasa Romania sudah bersedia.

“Saya bukan seorang yang berfikiran tertutup, saya.. mempunyai kawan yang berhubungan dengan lelaki, saya tiada masalah dengan itu, buat masa ini, saya bercakap dari sudut pandang seorang Perdana Menteri,” kata Ciolacu dipetik Daily Mail.

Romania bakal mengadakan pilihan raya tempatan, Eropah, umum dan presiden pada 2024. 

Ciolacu berkata perkara itu bukanlah perkara pertama atau terakhir Romania tidak menguatkuasakan peraturan ECHR.

Tinjauan kumpulan hak LGBT, ACCEPT pada 2021 menunjukkan walaupun 71 peratus warga Romania berpendapat pengiktirafan undang-undang sivil bagi pasangan sejenis tidak memberi apa-apa impak dalam kehidupan mereka, namun tinjauan itu juga menunjukkan hanya 43 peratus menyokongnya.

Sumber: Daily Mail

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov.
  • Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
  • Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
  • “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
  • Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
  • Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.

“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.

Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.

Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.

Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.

Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.

Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.

Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending