Connect with us

Terkini

PKSK lebih efektif menilai tahap murid berbanding UPSR – KP Pendidikan

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dikendalikan Kementerian Pendidikan (KPM) ketika ini dilihat lebih efektif dalam menilai kecenderungan dan pemikiran murid.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PKSK lebih efektif menilai tahap murid berbanding UPSR - KP Pendidikan
Foto: Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali.
  • Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dikendalikan Kementerian Pendidikan (KPM) ketika ini dilihat lebih efektif dalam menilai kecenderungan dan pemikiran murid.
  • Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali, menegaskan rata-rata murid yang dipilih menyambung pelajaran di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) menerusi PKSK kini sudah berada di Tingkatan Tiga.
  • “Itu bukan bermaksud UPSR tidak baik, namun ketika ini keutamaan membina karakter murid yang mempunyai ciri-ciri selaras matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), iaitu mengenal pasti potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu merangkumi kecerdasan intelek, emosi dan rohani lebih utama dalam cabaran semasa dengan dunia tanpa sempadan ketika ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Bicara Inspirasi di sini hari ini.

PUTRAJAYA: Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dikendalikan Kementerian Pendidikan (KPM) ketika ini dilihat lebih efektif dalam menilai kecenderungan dan pemikiran murid.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali, menegaskan rata-rata murid yang dipilih menyambung pelajaran di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) menerusi PKSK kini sudah berada di Tingkatan Tiga.

“Reaksi yang diterima daripada pengetua SBP juga menyatakan murid yang dipilih berdasarkan PKSK juga baik seperti sebelum ini yang dipilih menerusi UPSR.

“Itu bukan bermaksud UPSR tidak baik, namun ketika ini keutamaan membina karakter murid yang mempunyai ciri-ciri selaras matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), iaitu mengenal pasti potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu merangkumi kecerdasan intelek, emosi dan rohani lebih utama dalam cabaran semasa dengan dunia tanpa sempadan ketika ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Bicara Inspirasi di sini hari ini.

Pada majlis itu Pkharuddin berkongsi pengalaman sepanjang bertugas dengan KPM dan akan bersara wajib pada Rabu ini.

Pkharuddin berkata, beliau yang terbabit dalam pengurusan UPSR lebih daripada 20 tahun termasuk menjadi pengarah peperiksaan dan menguruskan peperiksaan ketika negara dilanda COVID-19.

Katanya, ketika pandemik itu, KPM mencari solusi untuk membuktikan pentaksiran yang boleh disandarkan bagi meletakkan murid naik ke Tingkatan Satu dan Empat ke SBP.

Katanya, kementerian sudah mengadakan libat urus bersama negeri-negeri bagi mendapatkan respon melibatkan guru, ibu bapa dan pemimpin setempat.

“Rata-rata menyatakan UPSR kurang sesuai kerana ia menyekat keupayaan pelajar di peringkat rendah untuk aktif dalam bidang lain kerana hanya fokus kepada akademik sahaja.

“Itu bukan bermaksud UPSR tidak baik tetapi keutamaan masa kini adalah kepada nilai kehidupan yang boleh dipelajari di sekolah kerana mereka mempunyai komuniti rakan-rakan dan guru yang sentiasa melakukan pelbagai aktiviti sukan, ko-kurikulum, kebudayaan serta pelbagai aktiviti lain yang pastinya dapat membina keyakinan diri kepada murid,” katanya.

Katanya, apabila nilai kehidupan ini sudah ditanam dalam diri pelajar pastinya ketika berada di peringkat menengah akan cemerlang dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Ia disebabkan pelajar sudah ada keyakinan diri yang kuat,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *