Connect with us

Terkini

Netanyahu tidak akan bertahan lama – Penasihat Biden 

Penasihat Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berpendapat tempoh Benjamin Netanyahu sebagai Perdana Menteri Israel semakin suntuk serta sedang mengawasi calon yang bakal menggantikannya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Netanyahu tidak akan bertahan lama – Penasihat Biden 
Foto: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden (kiri) & Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).
  • Penasihat Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berpendapat tempoh Benjamin Netanyahu sebagai Perdana Menteri Israel semakin suntuk serta sedang mengawasi calon yang bakal menggantikannya.
  • Politico melaporkan, Biden telah memberitahu Netanyahu bahawa dia perlu memikirkan pelajaran yang hendak disampaikan kepada bakal penggantinya.
  • Seorang pegawai AS yang masih bertugas memberitahu laman web itu, serangan mengejutkan yang memberi peluang kepada Hamas melancarkan serangan serta rasa tidak puas hati ramai terhadap jumlah korban besar di Gaza telah melemahkan kedudukan Netanyahu.
  • Menurut pegawai itu, sesetengah pihak percaya bahawa Netanyahu mungkin akan melepaskan jawatannya dalam beberapa bulan sebaik sahaja serangan di Gaza berakhir.

Penasihat Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berpendapat tempoh Benjamin Netanyahu sebagai Perdana Menteri Israel semakin suntuk serta sedang mengawasi calon yang bakal menggantikannya.

Politico melaporkan Biden telah memberitahu Netanyahu bahawa dia perlu memikirkan pelajaran yang hendak disampaikan kepada bakal penggantinya.

Seorang pegawai AS yang masih bertugas memberitahu laman web itu, serangan mengejutkan yang memberi peluang kepada Hamas melancarkan serangan serta rasa tidak puas hati ramai terhadap jumlah korban besar di Gaza telah melemahkan kedudukan Netanyahu.

Menurut pegawai itu, sesetengah pihak percaya Netanyahu mungkin akan melepaskan jawatannya dalam beberapa bulan sebaik sahaja serangan di Gaza berakhir.

“Perlu ada perhitungan dalam masyarakat Israel tentang apa yang berlaku,” kata pegawai itu.

Netanyahu seolah-olah mengakui pada Sabtu lalu, membuat ciapan lewat malam menyalahkan perkhidmatan perisikannya kerana gagal mengesan serangan pengganas yang telah lama dirancang.

Beberapa jam kemudian, beliau memadam ciapan itu dan memohon maaf – satu langkah yang dilihat jarang dilakukannya, menunjukkan kerapuhan dialaminya.

Penilaian terhadap kegagalan perisikan Israel itu mungkin akan lebih memeningkan Netanyahu dengan laporan yang dihasilkan AS (dalam isu itu) mungkin (berbunyi) lebih teruk, demikian lapor Politico.

Sumber: Politico

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *