Antarabangsa
Mesir nafi AS, Israel tawar pelupusan hutang jika terima pelarian Gaza
Mesir tidak pernah diberi tawaran pelupusan hutang daripada Amerika Syarikat dan Israel jika negara terbabit membuka pintu sempadannya bagi menerima pelarian Palestin.

- Menteri Luar Mesir berkata negaranya tidak ditawar bantuan berkenaan isu hutangnya oleh AS dan Israel sebagai balasan menerima rakyat Palestin yang melarikan diri dari Gaza yang dilanda peperangan.
- Kenyataan Sameh Shoukry semalam adalah jawapan kepada soalan yang diajukan wartawan, sama ada Mesir menerima tekanan untuk membenarkan sejumlah besar rakyat Palestin melarikan diri dari konflik di sempadan timur lautnya itu.
- Terdahulu, akhbar Yedioth Ahronoth melaporkan Tel Aviv mempertimbangkan rancangan untuk menghalau keluar penduduk Gaza ke Sinai dengan tawaran pelupusan kesemua hutang Mesir kepada Bank Dunia.
Mesir tidak pernah diberi tawaran pelupusan hutang daripada Amerika Syarikat dan Israel jika negara terbabit membuka pintu sempadannya bagi menerima pelarian Palestin.
Penafian yang dibuat Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry itu bagi menjawab soalan media berkenaan negara tersebut berdepan tekanan untuk membenarkan sejumlah besar rakyat Palestin yang melarikan diri dari konflik di sempadan timur lautnya itu.
Berucap di Kaherah, beliau juga menegaskan Mesir sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsanya untuk memastikan pembebasan tebusan Israel yang ditahan kumpulan pembebasan Hamas di wilayah terkepung itu.
Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi dan pegawai-pegawai kerajaan lain juga telah menolak dengan tegas segala cadangan yang mahu memindahkan penduduk Gaza ke sempadan Mesir di Utara Sinai.
Menurut beliau, langkah sedemikian berpotensi menimbulkan ancaman keselamatan dan menjejaskan harapan Palestin untuk mempertahankan dan membebaskan tanah air mereka sendiri.
Sebelum ini, media pengganas Israel, akhbar Yedioth Ahronoth melaporkan Tel Aviv sedang mempertimbangkan rancangan untuk menghalau keluar penduduk Gaza ke Sinai dengan tawaran pelupusan kesemua hutang Mesir kepada Bank Dunia.- The Merdeka Times
Sumber: BNN Bloomberg
