Connect with us

Terkini

Media tempatan gelar Hamas sebagai militan perlu dikenakan tindakan – Ahli Parlimen Machang

Kerajaan digesa mengambil tindakan ke atas media tempatan yang masih menggelar kumpulan pejuang Palestin, Hamas sebagai kumpulan militan.

Adam Tan

Published

on

Media tempatan gelar Hamas sebagai militan perlu dikenakan tindakan – Ahli Parlimen Machang
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) & Ahli Parlimen Machang dari PN-Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal (kanan).
  • Kerajaan digesa mengambil tindakan ke atas media tempatan yang masih menggelar kumpulan pejuang Palestin, Hamas sebagai kumpulan militan.
  • Ahli Parlimen Machang dari PN-Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur dan mengambil tindakan ke atas media, terutama media berbahasa Mandarin dan Inggeris yang masih menggelarkan Hamas sebagai militan atau pengganas kerana tindakan itu bercanggah dengan pendirian kerajaan.
  • “Saya setuju untuk mengingatkan rakyat, semua media bahawa ada yang dikatakan legitimate, maknanya yang hak asas mana-mana negara yang dijajah, yang dizalimi berhak sepertimana contoh yang terbaik adalah ANC (African National Congress),” demikian kata Perdana Menteri menegaskan pendiriannya bahawa Hamas bukan kumpulan pengganas dalam sidang Parlimen di sini hari ini.
  • “Jadi untuk Malaysia saya setuju harus ada kesedaran ini supaya semua media faham kegelisahan dan sensitiviti rakyat dan mengiktiraf hak rakyat Palestin membantah dan bertindak,” kata Anwar.

Kerajaan digesa mengambil tindakan ke atas media tempatan yang masih menggelar kumpulan pejuang Palestin, Hamas sebagai kumpulan militan.

Ahli Parlimen Machang dari PN-Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur dan mengambil tindakan ke atas media, terutama media berbahasa Mandarin dan Inggeris yang masih menggelarkan Hamas sebagai militan atau pengganas.

Katanya, ini kerana tindakan itu bercanggah dengan pendirian kerajaan.

“Saya setuju untuk mengingatkan rakyat, semua media bahawa ada yang dikatakan legitimate, maknanya yang hak asas mana-mana negara yang dijajah, yang dizalimi berhak sepertimana contoh yang terbaik adalah ANC (African National Congress),” demikian kata Perdana Menteri menegaskan pendiriannya bahawa Hamas bukan kumpulan pengganas dalam sidang Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata bekas Perdana Menteri, Almarhum Tunku Abdul Rahman memberi sokongan kepada ANC ketika ANC dituduh sebagai pengganas.

“Jadi untuk Malaysia saya setuju harus ada kesedaran ini supaya semua media faham kegelisahan dan sensitiviti rakyat dan mengiktiraf hak rakyat Palestin membantah dan bertindak,” kata Anwar.

Sebelum ini, The Merdeka Times melaporkan sebahagian media berbahasa Mandarin dan Inggeris melabelkan Hamas sebagai kumpulan pengganas dan militan dengan memetik sumber media asing, ketika kerajaan tidak menyifatkan kumpulan Hamas sebagai pengganas.  

Advertisement

Sumber: KiniTV

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending