Terkini
KKM sedia hantar pasukan perubatan ke Gaza
Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia menghantar pasukan perubatan ke Gaza, Palestin sebaik sahaja kebenaran diberikan.

- Kementerian Kesihatan (KKM) sedia hantar pasukan perubatan ke Gaza, Palestin sebaik sahaja kebenaran diberi.
- KKM dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya sudah kenal pasti pasukan yang boleh dimobilisasikan.
- KKM berkata, penghantaran pasukan perubatan belum dapat dilaksanakan kerana masih tidak dibenarkan ekoran keadaan semasa peperangan yang masih berlaku di Semenanjung Gaza.
- “Pasukan perubatan itu juga akan didedahkan dengan latihan persediaan yang bersesuaian kerana akan terlibat dalam merawat mangsa-mangsa bencana peperangan,” katanya semalam.
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia menghantar pasukan perubatan ke Gaza, Palestin sebaik sahaja kebenaran diberikan.
KKM dalam kenyataan memaklumkan, malah pihaknya sudah mengenal pasti pasukan yang boleh dimobilisasikan.
Bagaimanapun, pada masa ini, penghantaran pasukan perubatan belum dapat dilaksanakan kerana masih tidak dibenarkan ekoran keadaan semasa peperangan yang masih berlaku di Semenanjung Gaza.
“Pasukan perubatan itu juga akan didedahkan dengan latihan persediaan yang bersesuaian kerana akan terlibat dalam merawat mangsa-mangsa bencana peperangan,” katanya semalam.
KKM berkata, penghantaran pasukan terbabit akan dibuat menerusi kerjasama Kementerian Luar Negeri dan agensi awam lain serta koordinasi oleh International Red Crescent.
Pada masa sama, KKM menjelaskan, pihaknya sentiasa mengikuti perkembangan di Gaza serta mengenal pasti keperluan bantuan kemanusiaan dan perubatan diperlukan.
“Menerusi maklumat disampaikan oleh Gaza-Medics Worldwide, daripada sejumlah 35 buah hospital terdapat di Semenanjung Gaza, satu per tiga telah musnah.
“Sehubungan itu, perlu ada usaha untuk memulih dan menambah baik kemudahan perkhidmatan perubatan di hospital-hospital yang masih beroperasi.
“Penambahan kemudahan itu bertujuan menampung keperluan perkhidmatan yang mendesak dan sangat diperlukan rakyat di Gaza buat masa ini,” jelasnya.
Katanya, KKM turut mengambil langkah menyediakan bantuan kemudahan kelengkapan perubatan untuk dihantar ke Semenanjung Gaza, Palestin.
Bantuan tersebut antaranya alat consumable seperti syringe pump, suture, IV cannula, dressings dan bandage selain perkhidmatan neurosurgery dan surgical trauma.
“Ia turut melibatkan kemudahan peralatan seperti ‘medical beds’ dan ubatan yang bersesuaian,” katanya.
Mengulas lanjut, KKM berkata, bantuan kemudahan perubatan pertama dari Malaysia dilaksanakan pada 3 November 2023 iaitu sebanyak 20 tan, manakala penerbangan kedua dibuat pada 11 November 2023 juga sebanyak 20 tan.
Jelasnya, KKM juga akan menghantar alat guna habis consumables dan ubat-ubatan dalam siri penghantaran bantuan ketiga dalam tempoh yang terdekat.
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS