Connect with us

Antarabangsa

Kerajaan Islam digesa gerakkan tentera untuk henti pencerobohan zionis – Kesatuan Ulama

Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa menggesa kerajaan Islam menggerakkan tentera mereka untuk menghentikan pencerobohan Zionis di Semenanjung Gaza.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Kesatuan Ulama keluar fatwa kerajaan Islam, tentera hentikan pencerobohan zionis ke atas Gaza
Foto: Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa.
  • Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa menggesa kerajaan Islam menggerakkan tentera mereka untuk menghentikan pencerobohan Zionis di Semenanjung Gaza.
  • Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa kesatuan itu mengeluarkan fatwa berkenaan kewajipan kerajaan Islam untuk menangani pencerobohan yang sedang berlaku di Palestin.
  • Fatwa itu turut menekankan kepentingan kerjasama dan penyelarasan antara negara Arab dan Islam serta empat negara lingkaran (Mesir, Jordan, Syria dan Lubnan) dalam usaha mencapai keseimbangan antarabangsa dan mencegah kezaliman.
  • Pengumuman fatwa itu dibuat di ibu pejabat kesatuan itu di Doha, Qatar pada 31 Oktober lalu dihadiri sejumlah ulama-ulama kesatuan itu yang diketuai Setiausaha Agungnya, Syeikh Ali Al-Qaradaghi.

KUALA LUMPUR – Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa menggesa kerajaan Islam menggerakkan tentera mereka untuk menghentikan pencerobohan Zionis di Semenanjung Gaza.

Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa kesatuan itu mengeluarkan fatwa berkenaan kewajipan kerajaan Islam untuk menangani pencerobohan yang sedang berlaku di Palestin.

Fatwa itu turut menekankan kepentingan kerjasama dan penyelarasan antara negara Arab dan Islam serta empat negara lingkaran (Mesir, Jordan, Syria dan Lubnan) dalam usaha mencapai keseimbangan antarabangsa dan mencegah kezaliman.

Pengumuman fatwa itu dibuat di ibu pejabat kesatuan itu di Doha, Qatar pada 31 Oktober lalu dihadiri sejumlah ulama-ulama kesatuan itu yang diketuai Setiausaha Agungnya, Syeikh Ali Al-Qaradaghi.

Di akhir fatwa, seruan jihad serta bantuan ke atas Palestin diperbaharui sebagai kewajipan syariat, tanggungjawab Islam serta kemanusiaan, selain larangan berdiam diri mengenai pencerobohan yang berlaku, dengan tidak menangkis atau bertindak balas terhadapnya. 

Perkara itu diungkapkan dalam konteks usaha Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa menyokong perjuangan dan membantu rakyat Palestin dalam masa genting ini.

Kesatuan itu turut menekankan keperluan masyarakat dunia mendesak menyelamatkan Gaza dari terdedah kepada insiden pembunuhan beramai-ramai dan kemusnahan menyeluruh.

Sumber: IUMS

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *