Terkini
Kebencian terhadap Islam meningkat di Jerman selepas konflik Palestin-Israel
Jenayah kebencian anti-Islam dan serangan terhadap masjid meningkat di Jerman sejak berlakunya konflik Palestin-Israel, demikian menurut laporan pertubuhan Islam terbesar di negara itu.

- Jenayah kebencian anti-Islam dan serangan terhadap masjid meningkat di Jerman sejak berlakunya konflik Palestin-Israel, demikian menurut laporan pertubuhan Islam terbesar di negara itu.
- Setiausaha Agung Kesatuan Turki-Islam untuk Hal Ehwal Agama, Eyup Kalyon berkata propaganda ahli politik sayap kanan dan liputan media berat sebelah perkembangan terkini konflik menyemarakkan lagi sentimen anti-Islam di Jerman.
- “Menurut laporan pejabat anti diskriminasi kami, terdapat 81 serangan terhadap masjid sejak awal tahun ini. Hampir separuh daripada serangan itu direkodkan berlaku selepas 7 Oktober lalu,” katanya kepada Anadolu.
- Kalyon berkata, di barat laut Jerman, pelaku tidak dikenali menghantar mesej perkauman, membakar halaman kitab suci al-Quran, melempar daging babi dan najis ke arah masjid dan melukis simbol Nazi di dinding beberapa masjid.
Jenayah kebencian anti-Islam dan serangan terhadap masjid meningkat di Jerman sejak berlakunya konflik Palestin-Israel, demikian menurut laporan pertubuhan Islam terbesar di negara itu.
Setiausaha Agung Kesatuan Turki-Islam untuk Hal Ehwal Agama, Eyup Kalyon berkata propaganda ahli politik sayap kanan dan liputan media berat sebelah perkembangan terkini konflik menyemarakkan lagi sentimen anti-Islam di Jerman.
“Menurut laporan pejabat anti diskriminasi kami, terdapat 81 serangan terhadap masjid sejak awal tahun ini. Hampir separuh daripada serangan itu direkodkan berlaku selepas 7 Oktober lalu,” katanya kepada Anadolu.
Kalyon berkata, di barat laut Jerman, pelaku tidak dikenali menghantar mesej perkauman, membakar halaman kitab suci al-Quran, melempar daging babi dan najis ke arah masjid dan melukis simbol Nazi di dinding beberapa masjid.
Beliau menggesa kerajaan dan pihak berkuasa untuk mengambil langkah berkesan bagi memastikan keselamatan mereka.
“Kami mengharapkan kerajaan untuk memastikan keselamatan masjid kami, seperti yang dijangka berlaku pada tempat ibadah, gereja dan rumah ibadat lain. Tujuannya adalah untuk mengamalkan agama dengan bebas,” katanya.
Kalyon berkata mereka menerima laporan insiden perkauman dan serangan lisan meningkat terhadap wanita Islam yang memakai hijab di jalanan.
Dengan populasi lebih 84 juta orang, Jerman mempunyai penduduk Islam kedua terbesar di Eropah Barat selepas Perancis.
Dalam kalangan hampir 5.3 juta orang Islam di Jerman itu, tiga juta daripadanya berasal dari Turkiye.
Sumber: TRTWORLD AND AGENCIES
Terkini
DBKL tarik balik larangan jual arak
Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

- Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
- Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
- Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
- “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
- “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
- Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
- Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.
“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.
Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.
Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.
“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal).
“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.
“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.
Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel