Connect with us

Terkini

Kanak-kanak perlu didedahkan maklumat penting jenayah siber – Azalina

Kanak-kanak sepatutnya didedahkan dan dilengkapkan dengan maklumat penting jenayah siber, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • Kanak-kanak sepatutnya didedahkan dan dilengkapkan dengan maklumat penting jenayah siber, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • Beliau berkata, golongan itu juga perlu diberi keyakinan untuk melaporkan kes atau insiden yang mungkin mereka hadapi.
  • “Saya menggesa semua pihak untuk mengambil sedikit masa, ruang dan peluang untuk golongan kanak-kanak diberikan keadilan dan suara mereka didengar,” katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2023, hari ini.
  • “Budaya seperti kanak-kanak diberi kuasa untuk menyuarakan kebimbangan mereka perlu dipupuk dan memberi ruang persekitaran dalam talian yang lebih selamat,” katanya.

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak sepatutnya didedahkan dan dilengkapkan dengan maklumat penting jenayah siber, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata, golongan itu juga perlu diberi keyakinan untuk melaporkan kes atau insiden yang mungkin mereka hadapi.

“Saya menggesa semua pihak untuk mengambil sedikit masa, ruang dan peluang untuk golongan kanak-kanak diberikan keadilan dan suara mereka didengar,” katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2023, hari ini.

Beliau berkata, semua pihak perlu memupuk kasih sayang sekali gus membolehkan kanak-kanak dapat merasakan diri mereka dihargai dan dilindungi daripada perbuatan jenayah siber.

“Budaya seperti kanak-kanak diberi kuasa untuk menyuarakan kebimbangan mereka perlu dipupuk dan memberi ruang persekitaran dalam talian yang lebih selamat,” katanya.

Azalina juga berkata, Malaysia sudah membawa dan menyuarakan kepentingan keselamatan siber dalam era digital di Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) baru-baru ini.

“Malaysia komited untuk menyepadukan langkah keselamatan siber berpusatkan kanak-kanak untuk memastikan keselamatan warga digital muda kita sentiasa dilindungi. Kita sentiasa memberi keutamaan dalam perlindungan keselamatan kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri juga berusaha menambah baik sistem keadilan kanak-kanak Malaysia dan mengkaji lebih banyak keterangkuman digital dalam bidang melindungi golongan terbabit.

“Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia 2023 ini, semua pihak disaran untuk mencipta ruang digital di mana kita kanak-kanak bukan sahaja berkembang maju, malah golongan berkenaan terus diperkasa dan rasa lebih selamat.

“Melindungi anak-anak dalam alam digital bukan sekadar tanggungjawab, malah perkara berkenaan adalah janji perlu dibuat demi masa depan negara,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author