Connect with us

Antarabangsa

Kalau kami bunuh 4,000 kanak-kanak Palestin, itu masih tidak mencukupi – Bekas pegawai penasihat Obama

“Kalau kami bunuh 4,000 kanak-kanak Palestin, ia masih tidak mencukupi,” demikian kata-kata rasis dan Islamofobik bekas pegawai penasihat Barack Obama dalam sebuah video tular hari ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kalau kami bunuh 4,000 kanak-kanak Palestin, itu masih tidak mencukupi – Bekas pegawai penasihat Obama
Foto: Bekas Pegawai Penasihat Barack Obama, Stuart Seldowitz.

KUALA LUMPUR – “Kalau kami bunuh 4,000 kanak-kanak Palestin, ia masih tidak mencukupi,” demikian kata-kata rasis dan Islamofobik bekas pegawai penasihat Barack Obama dalam sebuah video tular hari ini.

Dalam video berasingan yang turut tular di platform X, Stuart Seldowitz juga menghina Nabi Muhammad SAW dalam insiden membabitkan penjaja Muslim di New York.

Menerusi video berdurasi dua minit tujuh saat di akaun X @LowkeyOnline itu, Seldowitz dilihat memprovokasi penjaja terbabit dengan menunjukkan butang dengan lakaran bendera Israel dipercayai sebagai tanda solidariti dengan rejim pengganas itu.

“Saya akan naikkan satu papan besar yang mengatakan lelaki ini penyokong Hamas,” kata Seldowitz dalam video itu.

Penjaja itu berkali-kali meminta Seldowitz beredar dari situ, namun bekas pegawai penasihat Presiden Amerika Syarikat itu dilihat meneruskan provokasinya.

“Awak seorang pengganas dan awak menyokong mereka (Hamas) dan menyokong pembunuhan kanak-kanak,” kata Seldowitz sebelum menambah, “Awak tahu, kalau kami bunuh 4,000 kanak-kanak Palestin, ia masih tidak mencukupi”.

Seldowitz juga mempersoalkan bagaimana penjaja itu mendapat permit berniaga selain mempertikaikan status kewarganegaraan individu berkenaan.

Dalam video berasingan, beliau dilihat menimbulkan kekacauan dengan menimbulkan pertanyaan berbentuk celaan terhadap Nabi Muhammad SAW kepada seorang penjaja.

“Adakah awak mencabul anak perempuan awak seperti Muhammad,” katanya dalam video dikongsikan di akaun X @zaramagnusson. 

Portal Vice melaporkan Seldowitz dalam satu wawancara pada Oktober lalu, turut menuduh Hamas sebagai punca kepada korban genosid rejim penjajah zionis Israel di Gaza. – The Merdeka Times

Sumber: Vice, Twitter Lowkey, Twitter Zara Magnusson

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *