Connect with us

Antarabangsa

Israel serang, bunuh keluarga wartawan di selatan Lubnan

Empat ahli keluarga seorang wartawan Lubnan, Samir Ayoub terkorban dalam satu serangan didalangi rejim Israel di selatan republik berkenaan pada Ahad.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Israel serang, bunuh keluarga wartawan di selatan Lubnan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Empat ahli keluarga seorang wartawan Lubnan, Samir Ayoub terkorban dalam satu serangan didalangi rejim Israel di selatan republik berkenaan pada Ahad.
  • Mangsa terdiri daripada kakak kepada Samir dan tiga cucu kakaknya yang berusia 10, 12 dan 14 tahun, sementara wartawan itu pula mengalami kecederaan ekoran  serangan itu.
  • Menurut Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA), ia berlaku ketika waris keluarga wartawan itu mengekori keretanya dalam kenderaan berasingan ketika serangan dilakukan rejim zionis.
  • Ekoran insiden itu, Hezbollah kemudian bertindak melancarkan beberapa roket ke arah Kiryat Shmona iaitu bandar di utara Israel sebagai tindak balas terhadap serangan itu.
  • Tentera Israel mendakwa serangan itu adalah kerana pihaknya mengesyaki kenderaan terbabit digunakan pengganas.

LUBNAN – Empat ahli keluarga seorang wartawan Lubnan, Samir Ayoub terkorban dalam satu serangan didalangi rejim Israel di selatan republik berkenaan pada Ahad.

Mangsa terdiri daripada kakak kepada Samir dan tiga cucu kakaknya yang berusia 10, 12 dan 14 tahun, sementara wartawan itu pula mengalami kecederaan ekoran  serangan itu.

Menurut Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA), ia berlaku ketika waris keluarga wartawan itu mengekori keretanya dalam kenderaan berasingan ketika serangan dilakukan rejim zionis.

Ekoran insiden itu, Hezbollah kemudian bertindak melancarkan beberapa roket ke arah Kiryat Shmona iaitu bandar di utara Israel sebagai tindak balas terhadap serangan itu.

Kawasan selatan Lubnan yang terletak bersempadan dengan Israel kembali panas dengan konflik bersenjata apabila kumpulan Hezbollah saling berbalas serangan dengan rejim zionis susulan  perang Israel-Hamas di Gaza pada 7 Oktober lalu.

Tentera Israel mendakwa serangan itu adalah kerana pihaknya mengesyaki kenderaan terbabit digunakan pengganas.

Rejim sedang meneliti laporan mengenai serangan berkenaan setelah mendapat tahu mangsa terkorban merupakan orang awam.

Sumber: Al-Arabiya English

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *