Terkini
Israel akan henti serangan empat jam sehari di Gaza
Israel bersetuju memulakan ‘jeda kemanusiaan’ (menghentikan seketika serangan) selama empat jam sehari dalam serangannya di utara Gaza bagi membolehkan orang ramai melarikan diri dari kawasan itu, kata Rumah Putih.
- Israel bersetuju memulakan ‘jeda kemanusiaan’ (menghentikan seketika serangan) selama empat jam sehari dalam serangannya di utara Gaza bagi membolehkan orang ramai melarikan diri dari kawasan itu, kata Rumah Putih.
- Jurucakap Majlis Keselamatan AS, John Kirby berkata jeda kemanusiaan pertama akan diumumkan pada Khamis (hari ini waktu Malaysia).
- Beliau memaklumkan Israel bersetuju memberikan komitmen untuk memaklumkan setiap jeda kemanusiaan empat jam itu sekurang-kurangnya tiga jam sebelumnya.
- “Israel memberitahu kami bahawa tiada operasi ketenteraan akan berlaku di kawasan-kawasan terbabit sepanjang tempoh ‘berhenti seketika’, yang akan bermula pada hari ini,” kata Kirby.
Israel bersetuju memulakan ‘jeda kemanusiaan’ (menghentikan seketika serangan) selama empat jam sehari dalam serangannya di utara Gaza bagi membolehkan orang ramai melarikan diri dari kawasan itu, kata Rumah Putih.
Jurucakap Majlis Keselamatan Amerika Syarikat (AS), John Kirby berkata jeda kemanusiaan pertama akan diumumkan pada Khamis (hari ini waktu Malaysia).
Beliau memaklumkan Israel bersetuju memberikan komitmen untuk memaklumkan setiap jeda kemanusiaan empat jam itu sekurang-kurangnya tiga jam sebelumnya.
“Israel memberitahu kami bahawa tiada operasi ketenteraan akan berlaku di kawasan-kawasan terbabit sepanjang tempoh ‘berhenti seketika’, yang akan bermula pada hari ini,” kata Kirby dipetik AlJazeera.
Presiden Amerika AS Joe Biden berkata beliau meminta Israel untuk ‘berhenti seketika lebih (dari) tiga hari’ semasa rundingan ke atas pembebasan beberapa tawanan ditahan kumpulan Palestin Hamas.
Bagaimanapun, Biden menafikan sebarang kemungkinan berlakunya gencatan senjata awam secara menyeluruh.
Kirby menjelaskan bahawa gencatan senjata Israel dan Hamas tidak akan berlaku, ini kerana perkara itu seolah-olah “membenarkan apa dilakukan mereka” pada 7 Oktober lalu dan “kami tidak akan menyetujui perkara itu buat masa ini”.
Biden meminta Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk ‘hentian seketika’ harian itu dalam panggilan telefon dibuatnya pada Isnin lalu.
Ketika Biden ditanya apakah tindakan Netanyahu yang lewat memulakan jeda kemanusiaan itu mengecewakannya? Dia berkata; “Ia mengambil masa lebih lama daripada apa yang diharapkan”.
Sumber: Al Jazeera