Antarabangsa
Hamas akan bebaskan tahanan asing
Pergerakan Hamas memaklumkan ia akan membebaskan beberapa tahanan asing dalam tempoh terdekat.
- Pergerakan Hamas memaklumkan ia akan membebaskan beberapa tahanan asing dalam tempoh terdekat.
- Ia disahkan jurucakap sayap tentera Brigade Al Qassam, Abu Ubaida menerusi saluran Telegram.
- Beliau turut menafikan kenyataan Israel ia berjaya membebaskan tahanan di bawah Hamas.
GAZA: Pergerakan Hamas memaklumkan ia akan membebaskan beberapa tahanan asing dalam tempoh terdekat.
Ia disahkan jurucakap sayap tentera Brigade Al Qassam, Abu Ubaida menerusi saluran Telegram.
Abu Ubaida bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai bilangan tahanan yang akan dibebaskan atau kewarganegaraan mereka.
Beliau turut menafikan kenyataan Israel ia berjaya membebaskan tahanan di bawah Hamas.
Sebaliknya jumlah besar tahanan kini berada di bawah kawalan individu dan beberapa kumpulan di Genting Gaza.
“Kami memantau naratif yang dimainkan tentera Israel berkenaan pembebasan tahanan dari Gaza ketika pencerobohan berlaku.
“Kami menafikan musuh sampai ke mana-mana tahanan yang berada dalam kawalan Al-Qassam. Jika naratif ini benar, ia bermakna individu tersebut ditahan oleh musuh,” katanya.
Kenyataan ini sebagai reaksi kenyataan tentera Israel yang mendakwa berjaya membebaskan tahanan ketika operasi daratnya pada Isnin.
Abu Ubaida juga memaklumkan Brigade Al-Qassam bertempur dengan tentera Israel sebanyak tiga kali dan berjaya memusnahkan 22 kenderaan tentera Zionis.
Sumber: Astro Awani