Connect with us

Antarabangsa

Genosid Palestin: Ratusan pegawai AS menentang Biden

Seramai 400 pegawai kerajaan daripada 40 jabatan dan agensi dalam pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menandatangani surat yang menentang cara beliau menguruskan perang Israel-Hamas serta menuntut gencatan senjata segera diadakan, lapor laman berita Fox News kelmarin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.
  • 400 pegawai kerajaan daripada 40 jabatan dan agensi dalam pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden tandatangan surat menentang cara beliau uruskan perang Israel-Hamas serta tuntut gencatan senjata segera diadakan, lapor laman berita Fox News kelmarin.
  • Surat pertama kali didedahkan akhbar New York Times melibatkan pegawai Jabatan Negara, White House, Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Kehakiman.
  • “Kami menyeru Presiden Biden untuk mendesak gencatan senjata dan menyeru agar konflik diredakan dengan memastikan pembebasan segera tebusan-tebusan Israel serta memastikan penduduk Palestin tidak ditahan sewenang-wenangnya.
  • “Kami juga menuntut pemulihan bekalan air, bahan api, elektrik serta perkhidmatan asas lain termasuk koridor bantuan kemanusiaan yang mencukupi ke Semenanjung Gaza,” demikian menurut sebahagian isi kandungan surat tersebut.

WASHINGTON – Seramai 400 pegawai kerajaan daripada 40 jabatan dan agensi dalam pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menandatangani surat yang menentang cara beliau menguruskan perang Israel-Hamas serta menuntut gencatan senjata segera diadakan, lapor laman berita Fox News kelmarin.

Surat yang pertama kali didedahkan oleh akhbar New York Times itu melibatkan pegawai-pegawai dari Jabatan Negara, White House, Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Kehakiman.

Semua tandatangan pada surat tersebut kekal tanpa nama bagi melindungi kakitangan daripada dikenakan tindakan oleh pihak atasan.

“Kami menyeru Presiden Biden untuk mendesak gencatan senjata dan menyeru agar konflik diredakan dengan memastikan pembebasan segera tebusan-tebusan Israel serta memastikan penduduk Palestin tidak ditahan sewenang-wenangnya.

“Kami juga menuntut pemulihan bekalan air, bahan api, elektrik serta perkhidmatan asas lain termasuk koridor bantuan kemanusiaan yang mencukupi ke Semenanjung Gaza,” demikian menurut sebahagian isi kandungan surat tersebut.

Biden dan beberapa pemimpin Barat lain menolak gesaan untuk mengadakan gencatan senjata di Gaza dengan alasan ia hanya akan memberi manfaat kepada Hamas.

Sebaliknya, Biden mendesak supaya pertempuran dihentikan buat seketika untuk penyaluran bantuan kemanusiaan yang telah dipersetujui Israel. 

Beberapa anggota radikal dalam Parti Demokrat yang disertai Biden telah mengecam Israel sebagai negara aparteid dan berpendapat bahawa perang di Gaza adalah pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Palestin.

Sumber: Kosmo Digital

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *