Terkini
Gencatan senjata mungkin dilanjutkan, tetapi perang akan sambung semula – Netanyahu
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bahawa beliau terbuka untuk melanjutkan tempoh gencatan senjata sementara, tetapi operasi darat rejim Israel akan kembali berkuat kuasa sepenuhnya sebaik sahaja ia tamat.

- Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bahawa beliau terbuka untuk melanjutkan tempoh gencatan senjata sementara, tetapi operasi darat rejim Israel akan kembali berkuat kuasa sepenuhnya sebaik sahaja ia tamat.
- Netanyahu turut menegaskan sasarannya untuk menghapuskan Hamas dan tidak akan membiarkan Gaza kembali ‘seperti sebelum ini’, demikian lapor The Times Of Israel.
- “Di akhir perjanjian ini, kami akan kembali sepenuh kuasa untuk menjalankan sasaran kami; menghapuskan Hamas, pastikan Gaza tidak kembali seperti sebelum ini dan sudah pasti, membebaskan kesemua tebusan kami.
- “Saya pasti kita akan menjayakan misi ini kerana kita tidak mempunyai pilihan yang lain.
- “Kita telah membawa pulang sekumpulan lagi tebusan, kanak-kanak dan wanita, dan saya terharu sehingga ke lubuk hati, seluruh negara (pun) begitu, bila melihat keluarga disatukan kembali,” kata Netanyahu dalam video kenyataannya.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bahawa beliau terbuka untuk melanjutkan tempoh gencatan senjata sementara, tetapi operasi darat rejim Israel akan kembali berkuat kuasa sepenuhnya sebaik sahaja ia tamat.
Netanyahu turut menegaskan sasarannya untuk menghapuskan Hamas dan tidak akan membiarkan Gaza kembali ‘seperti sebelum ini’, demikian lapor The Times Of Israel.
Beliau berkata gencatan senjata sementara selama empat hari itu boleh dilanjutkan untuk membolehkan lebih banyak tebusan dibebaskan (iaitu) “10 tebusan untuk setiap hari.”
“Di akhir perjanjian ini, kami akan kembali sepenuh kuasa untuk menjalankan sasaran kami; menghapuskan Hamas, pastikan Gaza tidak kembali seperti sebelum ini dan sudah pasti, membebaskan kesemua tebusan kami.
“Saya pasti kita akan menjayakan misi ini kerana kita tidak mempunyai pilihan yang lain.
“Kita telah membawa pulang sekumpulan lagi tebusan, kanak-kanak dan wanita, dan saya terharu sehingga ke lubuk hati, seluruh negara (pun) begitu, bila melihat keluarga disatukan kembali,” kata Netanyahu dalam kenyataan video.
Netanyahu memaklumkan baru berbincang dengan Biden, khususnya berkenaan warga US-Israel, Avigail Idan, 4.
“Alangkah gembiranya melihat dia bersama kami. Tetapi dalam masa yang sama, betapa sedihnya (situasi) kembali kepada realiti tanpa ibu bapa,” kata Netanyahu.
Sumber: The Times Of Israel
