Terkini
Garis panduan Minggu Solidariti Palestin jelas, sesuai untuk sekolah – Fadhlina
Isu berkaitan garis panduan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi Minggu Solidariti Palestin (MSP) yang menjadi perbalahan sesetengah pihak tidak sepatutnya dipolitikkan dan dijadikan polemik.
- Isu berkaitan garis panduan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi Minggu Solidariti Palestin (MSP) yang menjadi perbalahan sesetengah pihak tidak sepatutnya dipolitikkan dan dijadikan polemik.
- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ia kerana garis panduan itu adalah bertepatan untuk dilaksanakan dalam komuniti pendidikan dengan mengambil kira tahap pemahaman murid-murid di peringkat sekolah.
- “Bagi saya, tidak ada timbul isu sebab garis panduan itu untuk dilaksanakan di sekolah dan dalam komuniti pendidikan, benda itu jelas.
- “Namun, yang menjadi polemik adalah kerana ia dipolitikkan dan dikacau ganggu oleh orang luar. Kerana itu saya bagi penegasan, program ini tetap berlangsung dengan baik dan ia adalah proses pendidikan mengambil kira tahap anak-anak,” katanya ketika ditemui pemberita pada program MSP di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Ahmad Razali, di sini hari ini.
AMPANG JAYA – Isu berkaitan garis panduan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi Minggu Solidariti Palestin (MSP) yang menjadi perbalahan sesetengah pihak tidak sepatutnya dipolitikkan dan dijadikan polemik.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ia kerana garis panduan itu adalah bertepatan untuk dilaksanakan dalam komuniti pendidikan dengan mengambil kira tahap pemahaman murid-murid di peringkat sekolah.
“Bagi saya, tidak ada timbul isu sebab garis panduan itu untuk dilaksanakan di sekolah dan dalam komuniti pendidikan, benda itu jelas.
“Namun, yang menjadi polemik adalah kerana ia dipolitikkan dan dikacau ganggu oleh orang luar. Kerana itu saya bagi penegasan, program ini tetap berlangsung dengan baik dan ia adalah proses pendidikan mengambil kira tahap anak-anak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program MSP di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Ahmad Razali, di sini hari ini.
Walau bagaimanapun, Fadhlina berkata, setiap sekolah mempunyai dinamik masing-masing dan ia menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan mesej tersebut difahami mengikut aktiviti yang bersesuaian dengan sekolah.
Terdahulu, garis panduan KPM menerima kritikan dalam kalangan pengguna media sosial yang menyifatkan ia tidak jelas dan tidak mencerminkan program MSP tersebut.
Antara dua garis panduan yang menjadi sebutan adalah ‘jangan hanya menonjolkan perspektif satu pihak’ dan ‘elakkan menggunakan simbol atau ikon yang boleh menimbulkan kontroversi.
MSP yang dianjurkan KPM di semua institusi pendidikan bermula pada 29 Oktober lalu bakal berakhir esok.
Sumber: Kosmo