Terkini
China padam Israel dari peta atas taliannya
China memadam Israel dari senarai laman web peta atas talian utamanya berikutan tercetusnya perang menentang Hamas.
- China memadam Israel dari senarai laman web peta atas talian utamanya berikutan tercetusnya perang menentang Hamas.
- Wall Street Journal melaporkan Selasa lalu, pengguna internet di China menzahirkan kekeliruan kerana nama Israel tidak dipaparkan pada peta digital terkemuka dari Baidu dan Alibaba.
- Peta atas talian berbahasa Cina; Baidu memaparkan sempadan Israel yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, wilayah Palestin dan bandar-bandar utama, tetapi tidak mengenal pasti negara haram itu dengan namanya secara jelas.
- Laporan turut menyatakan nama Israel tidak dipaparkan pada peta atas talian Amap Alibaba ketika negara sekecil Luxembourg ada dipaparkan namanya.
- National Post melaporkan kedua-dua syarikat belum memberikan sebarang respon berkaitan isu dibangkitkan itu.
China memadam Israel dari senarai laman web peta atas talian utamanya berikutan tercetusnya perang menentang Hamas.
Wall Street Journal melaporkan Selasa lalu, pengguna internet di China menzahirkan kekeliruan kerana nama Israel tidak dipaparkan pada peta digital terkemuka dari Baidu dan Alibaba.
Peta atas talian berbahasa Cina; Baidu memaparkan sempadan Israel yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, wilayah Palestin dan bandar-bandar utama, tetapi tidak mengenal pasti negara haram itu dengan namanya secara jelas.
Laporan turut menyatakan nama Israel tidak dipaparkan pada peta atas talian Amap Alibaba ketika negara sekecil Luxembourg ada dipaparkan namanya.
National Post melaporkan kedua-dua syarikat belum memberikan sebarang respon berkaitan isu dibangkitkan itu.
Berita itu muncul beberapa hari selepas laporan awal The New York Times mengenai peningkatan ungkapan anti-semitik di media sosial China berikutan perang tercetus dengan Hamas.
Minggu lalu, China dan Russia memveto resolusi digubal Amerika Syarikat (AS) di Majlis Keselamatan PBB yang mengutuk Hamas dan menggesa “gencatan kemanusiaan” (berhenti atas dasar kemanusiaan) dalam pertempuran antara Israel dan kumpulan pembebasan Palestin di Gaza, Hamas.
Sumber: National Post