Connect with us

Antarabangsa

Blinken terima sambutan dingin di Turkiye

Kehadiran Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken ke Turkiye mendapat sambutan dingin daripada diplomat negara tersebut. Al Jazeera melaporkan ketibaan Blinken di lapangan terbang tidak disambut oleh mana-mana diplomat tertinggi Turkiye seperti sebelum ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Blinken terima sambutan dingin di Turkiye
Foto: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken.
  • Al Jazeera melaporkan ketibaan Blinken di lapangan terbang tidak disambut oleh mana-mana diplomat tertinggi Turkiye seperti sebelum ini.
  • Presiden Erdogan juga tidak dijadualkan bertemu Blinken seperti kebiasaan.
  • Tiada mesyuarat peringkat tertinggi diatur untuk beliau sejak ketibaannya.

Kehadiran Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken ke Turkiye mendapat sambutan dingin daripada diplomat negara tersebut. Al Jazeera melaporkan ketibaan Blinken di lapangan terbang tidak disambut oleh mana-mana diplomat tertinggi Turkiye seperti sebelum ini.

Malah tiada mesyuarat peringkat tertinggi diatur untuk beliau sejak ketibaannya. Presiden Erdogan juga tidak dijadualkan bertemu Blinken. Kebiasaannya, apabila Setiausaha Negara AS melawat Turkiye, pertemuan dengan presiden pasti akan diatur namun situasinya berbeza kali ini.

Kehadiran Blinken di Turkiye pagi ini bagi membincangkan situasi yang semakin memburuk di Gaza selain isu serantau, dan hubungan bilateral antara dua negara.

Baru-baru ini, Turkiye telah memanggil pulang dutanya di Tel Aviv untuk rundingan di tengah-tengah serangan berterusan Israel ke atas Gaza.

“Menyedari tragedi kemanusiaan yang sedang berlaku di Gaza akibat serangan berterusan Israel terhadap orang awam dan keengganan Israel memenuhi seruan gencatan senjata serta kemasukan bantuan kemanusiaan yang berterusan dan tanpa halangan, adalah diputuskan untuk memanggil balik Duta kita di Tel Aviv, Sakir Ozkan Torunlar, ke Ankara untuk berunding,” menurut kenyataan Kementerian Luar, lapor Agensi Anadolu.

Erdogan juga secara terang-terangan menyelar Netanyahu dan mengkritik AS kerana terlibat dalam jenayah yang dilakukan oleh Israel di Gaza. -The Merdeka Times

Sumber : Al Jazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *