Antarabangsa
Biden disaman kerana gagal halang pembunuhan beramai-ramai di Gaza
Kumpulan kebebasan awam New York, Pusat Hak Perlembagaan (CCR) memfailkan saman terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden kerana gagal menghalang pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

- Kumpulan kebebasan awam New York, Pusat Hak Perlembagaan (CCR) failkan saman terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden kerana gagal halang pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
- Kumpulan itu turut failkan saman terhadap Setiausaha Negara Antony Blinken dan Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin atas bersubahat dalam pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel.
- CCR ambil tindakan tersebut bagi pihak pertubuhan hak asasi manusia Palestin, rakyat Palestin di Gaza, warga AS dan saudara-mara mereka yang terkepung dan berhadapan dengan pembunuhan Israel.
- “Sejurus selepas melancarkan kempen pengeboman Israel yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Gaza, Presiden Biden menawarkan sokongan ‘tidak berbelah bahagi’ untuk Israel,” kata CCR seperti yang dilaporkan Al Jazeera.
- Menurut kumpulan itu Biden, Blinken dan Austin “telah membantu memajukan jenayah paling teruk” dengan terus memberikan Israel sokongan ketenteraan dan diplomatik tanpa syarat.
NEW YORK – Kumpulan kebebasan awam New York, Pusat Hak Perlembagaan (CCR) memfailkan saman terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden kerana gagal menghalang pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
Kumpulan itu turut memfailkan saman terhadap Setiausaha Negara Antony Blinken dan Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin atas sebab bersubahat dalam pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel.
CCR mengambil tindakan tersebut bagi pihak pertubuhan hak asasi manusia Palestin, rakyat Palestin di Gaza, warga AS dan saudara-mara mereka yang terkepung dan berhadapan dengan pembunuhan Israel.
“Sejurus selepas melancarkan kempen pengeboman Israel yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Gaza, Presiden Biden menawarkan sokongan ‘tidak berbelah bahagi’ untuk Israel.
“Yang beliau dan pegawai pentadbiran secara konsisten mengulangi dan menyokong dalam bentuk penyediaan ketenteraan, kewangan dan politik, walaupun mangsa orang awam,” kata CCR seperti yang dilaporkan Al Jazeera.
Aduan itu menyatakan bahawa AS adalah sekutu rapat dan penyokong kuat Israel serta menjadikan negara itu sebagai penerima kumulatif terbesar bantuan asing sejak Perang Dunia Kedua.
Disebabkan itu, CCR berkata, AS boleh memberi “kesan pencegahan kepada pegawai Israel yang kini melakukan tindakan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.
Menurut kumpulan itu Biden, Blinken dan Austin “telah membantu memajukan jenayah paling teruk” dengan terus memberikan Israel sokongan ketenteraan dan diplomatik tanpa syarat.
Ia telah menjejaskan usaha masyarakat antarabangsa untuk menghentikan pengeboman tanpa henti Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza sejak 40 hari lalu yang menyebabkan lebih 11,000 maut.
Banyak sarjana undang-undang, kumpulan hak asasi dan kemanusiaan telah menggelar tindakan Israel di Gaza sebagai pembunuhan beramai-ramai dan penghapusan kaum.
Sumber: MalaysiaGazette
Antarabangsa
Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

- Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
- Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
- Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
- “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
- Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.
Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.
Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS