Connect with us

Antarabangsa

Barcelona gantung hubungan kerjasama dengan rejim zionis Israel

Majlis Bandaraya Barcelona, bandar kedua terbesar di Sepanyol, pada Jumaat lalu mengundi untuk menggantung hubungan kerjasama dengan Israel atas kepercayaan berlakunya “pembunuhan beramai-ramai” (genosid) ke atas rakyat Palestin di Gaza.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Majlis Bandaraya Barcelona, bandar kedua terbesar di Sepanyol, pada Jumaat lalu mengundi untuk menggantung hubungan kerjasama dengan Israel atas kepercayaan berlakunya “pembunuhan beramai-ramai” (genosid) ke atas rakyat Palestin di Gaza.
  • Keputusan itu atas dasar resolusi menuntut “tiada kerajaan sepatutnya membiarkan perlakuan genosid” yang diperkenalkan parti berhaluan kiri Barcelona iaitu parti en Comu. 
  • Resolusi itu menuntut kerajaan perbandaran memutuskan “hubungan institusi dengan kerajaan semasa Israel sehingga berlakunya gencatan senjata yang pasti, menghormati hak asasi warga Palestin dan sehingga pematuhan resolusi-resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dapat dijamin”.
  • “Ia bukan peperangan, ia satu genosid dan seperti mana yang dinyatakan Presiden Pedro Sanchez, ia sesuatu yang tidak dapat diterima dan jika ia tidak dapat diterima, maka kita perlu mengecamnya, kita perlu bertindak dan bukan sekadar duduk di tepian,” kata Ahli Majlis Barcelona en Comu, Ada Colau.

Majlis Bandaraya Barcelona, bandar kedua terbesar di Sepanyol, pada Jumaat lalu mengundi untuk menggantung hubungan kerjasama dengan Israel atas kepercayaan berlakunya “pembunuhan beramai-ramai” (genosid) ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Keputusan itu atas dasar resolusi menuntut “tiada kerajaan sepatutnya membiarkan perlakuan genosid” yang diperkenalkan parti berhaluan kiri Barcelona iaitu parti en Comu. 

Resolusi itu menuntut kerajaan perbandaran memutuskan “hubungan institusi dengan kerajaan semasa Israel sehingga berlakunya gencatan senjata yang pasti, menghormati hak asasi warga Palestin dan sehingga pematuhan resolusi-resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dapat dijamin”.

Ahli Majlis Barcelona en Comu, Ada Colau dalam satu kenyataan berkata apa yang berlaku di Gaza bukanlah peperangan, tetapi perlakuan genosid.

“Ia bukan peperangan, ia satu genosid dan seperti mana yang dinyatakan Presiden Pedro Sanchez, ia sesuatu yang tidak dapat diterima dan jika ia tidak dapat diterima, maka kita perlu mengecamnya, kita perlu bertindak dan bukan sekadar duduk di tepian.

“Setiap 10 minit, seorang kanak-kanak mati di Gaza disebabkan salah satu serangan bom tentera paling berkuasa di muka bumi,” katanya dipetik portal Common Dreams.

Resolusi baru Barcelona itu turut mendesak Israel dan Hamas untuk terus mengekalkan gencatan senjata sementara selama empat hari bermula pagi Jumaat lalu, kezaliman penduduk Palestin di Tebing Barat yang diduduki ditamatkan dan pelepasan selamat serta tanpa syarat semua tebusan dalam pegangan Hamas.

Awal bulan ini, petugas pelabuhan Barcelona menunjukkan solidariti bersama warga Palestin dengan bertindak menolak pemunggahan atau pemuatan bahan-bahan ketenteraan kepada mana-mana kapal yang menuju ke Israel atau zon konflik di mana ia boleh digunakan ke atas orang awam.

Sumber:  Common Dreams

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *