Antarabangsa
Bank di Israel hadapi kemerosotan jangka panjang
Agensi Penarafan Kredit Standard & Poor’s (S&P) memaklumkan bank di Israel menghadapi kemerosotan jangka masa panjang dari segi prospek ekonomi dan keadaan kredit, lapor Jordan News.

- Agensi Penarafan Kredit Standard & Poor’s (S&P) memaklumkan bank di Israel menghadapi kemerosotan jangka masa panjang dari segi prospek ekonomi dan keadaan kredit, lapor Jordan News.
- Kemerosotan itu dilaporkan berlaku kerana penurunan pendapatan dan peningkatan signifikan dalam kerugian kredit ekoran perang di Gaza dan peningkatan risiko geopolitik di Israel.
- Menurut Al Mamlaka TV, S&P berkata perkembangan semasa perang memberi impak besar dan berbahaya terhadap ekonomi negara haram itu.
TEL AVIV – Agensi Penarafan Kredit Standard & Poor’s (S&P) memaklumkan bank di Israel menghadapi kemerosotan jangka masa panjang dari segi prospek ekonomi dan keadaan kredit, lapor Jordan News.
Kemerosotan itu dilaporkan berlaku kerana penurunan pendapatan dan peningkatan signifikan dalam kerugian kredit ekoran perang di Gaza dan peningkatan risiko geopolitik di Israel.
Menurut Al Mamlaka TV, S&P berkata perkembangan semasa perang memberi impak besar dan berbahaya terhadap ekonomi negara haram itu.
Pihak agensi berkata pemberian pinjaman hartanah oleh bank di Israel meningkat secara signifikan sejak 2020 dan ia merupakan sumber risiko buat institusi perbankan itu.
“Asas situasi kami sekarang ialah konflik ini berkemungkinan besar terhad kepada sekitar Israel dan Gaza, berlanjutan tidak lebih dari tiga hingga enam bulan dan kami kini menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar sebenar perlahan kepada 1.5 peratus pada 2023, kemudian kepada 0.5 peratus 2024.
“Namun begitu, kami melihat tahap ketidakpastian yang tinggi mengenai sejauh mana dan berapa lama operasi ketenteraan akan berlangsung dan jika konflik ini berterusan, pertumbuhan ekonomi Israel, kedudukan kewangan dan imbangan pembayaran boleh merosot dengan ketara,” katanya. – The Merdeka Times
Sumber: Jordan News
