Terkini
Aman Palestin jawab fitnah seleweng 30 peratus wang sumbangan
Dakwaan bahawa Aman Palestin menggunakan 30 peratus daripada hasil sumbangan awam untuk tujuan peribadi atau di luar objektif penubuhan adalah jelas fitnah, kata Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut.

- Dakwaan bahawa Aman Palestin menggunakan 30 peratus daripada hasil sumbangan awam untuk tujuan peribadi atau di luar objektif penubuhan adalah jelas fitnah, kata Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut.
- Beliau berkata, hanya sebanyak lapan peratus atau RM8 juta daripada kutipan dana dibelanjakan bagi kos pengurusan bagi badan bukan kerajaan (NGO) tersebut.
- “Kos tersebut adalah jumlah berpada dan tidak ada kesalahan dari sudut undang-undang mahupun agama serta tidak melampaui batas untuk menguruskan hampir 200 orang kakitangan dan sukarelawan Aman Palestin yang bertebaran di seluruh Malaysia.
- “22 peratus kutipan dana pula (RM24 juta) digunakan untuk kos operasi seperti program merangkumi ceramah, festival, karnival, larian amal, hi-tea dan juga program kesedaran supaya rakyat Malaysia lebih faham isu Palestin,” katanya semasa sidang media di sini pada Selasa.
BANGI- Dakwaan bahawa Aman Palestin menggunakan 30 peratus daripada hasil sumbangan awam untuk tujuan peribadi atau di luar objektif penubuhan adalah jelas fitnah, kata Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut.
Beliau berkata, hanya sebanyak lapan peratus atau RM8 juta daripada kutipan dana dibelanjakan bagi kos pengurusan bagi badan bukan kerajaan (NGO) tersebut.
“Kos tersebut adalah jumlah berpada dan tidak ada kesalahan dari sudut undang-undang mahupun agama serta tidak melampaui batas untuk menguruskan hampir 200 orang kakitangan dan sukarelawan Aman Palestin di seluruh Malaysia.
“22 peratus kutipan dana pula (RM24 juta) digunakan untuk kos operasi seperti program merangkumi ceramah, festival, karnival, larian amal, hi-tea dan juga program kesedaran supaya rakyat Malaysia lebih faham isu Palestin,” katanya semasa sidang media di sini pada Selasa.
Awang Suffian berkata, jumlah 22 peratus tersebut juga melibatkan tujuan publisiti di media sama ada di laman sosial atau arus perdana.
Beliau yang turut meluahkan kekesalan dengan tohmahan dilemparkan menyatakan bahawa dakwaan tersebut juga memberi kesan dari segi sumbangan kepada badan tersebut.
“Bila datang fitnah sebegini, ia memberikan keraguan kepada para penyumbang. Mereka bertanya banyak kali adakah isu ini betul atau tidak. Banyak program yang kita nak jalankan, orang minta confirm terlebih dahulu.
“Pemfitnah ini akan terus berjalan, mereka akan terus memfitnah, mungkin selepas ini akan lebih dahsyat lagi,” katanya.
Sementara itu, Peguam Aman Palestin, Rafique Rashid berkata, Aman Palestin bukan sahaja telah mengenal pasti pihak yang melemparkan tohmahan berkenaan, tetapi akan mengambil tindakan undang-undang di bawah dakwaan fitnah jenayah.
“Saya mewakili pihak Aman Palestin menasihatkan supaya Aman Palestin mengambil tindakan terhadap pemfitnah ini.
“Kita juga nak mengambil kesempatan mengingatkan kepada rakyat Malaysia sebelum melakukan apa-apa tindakan seperti membuat kenyataan, hendaklah dilakukan secara berasas,” katanya.
Rafique berkata, fitnah yang dilemparkan bukan sahaja memberikan impak negatif kepada rakyat Malaysia tetapi juga mangsa genosid rejim penjajah Israel di Palestin.— The Merdeka Times
Terkini
DBKL tarik balik larangan jual arak
Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

- Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
- Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
- Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
- “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
- “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
- Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
- Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.
“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.
Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.
Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.
“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal).
“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.
“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.
Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel