Connect with us

Terkini

Ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem difatwakan sesat 

Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu hari ini memutuskan ajaran dan fahaman yang dibawa oleh seorang lelaki dari Syria, Mhd. Mohib Khouli Nazem adalah sesat dan haram diikuti oleh umat Islam kerana bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Wartawan TMT

Published

on

Ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem difatwakan sesat 
Foto: Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Haron.
  • Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu hari ini putuskan ajaran dan fahaman dibawa seorang lelaki Syria, Mhd Mohib Khouli Nazem sesat dan haram diikuti umat Islam kerana bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  • Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Haron berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali ke-15 yang bersidang pada 30 Ogos lalu.
  • Menurutnya, ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem sesat lagi menyesatkan dan bercanggah dengan tonggak akidah Islam yang diyakini oleh ulama’ al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah.
  • “Ciri-ciri penyelewengan ajaran Mhd. Mohib Khouli Nazem termasuk mendakwa Allah SWT Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu dan oleh sebab itu, jika Allah SWT menghendaki mengadakan anak untuk diriNya, Dia Maha Berkuasa menciptanya.
  • “Dakwaan ini merosakkan pegangan akidah masyarakat Islam kerana memahami Allah SWT harus mempunyai anak, sedangkan adalah jelas Allah SWT mustahil mempunyai anak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

KUALA TERENGGANU: Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu hari ini memutuskan ajaran dan fahaman yang dibawa oleh seorang lelaki dari Syria, Mhd. Mohib Khouli Nazem adalah sesat dan haram diikuti oleh umat Islam kerana bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mufti Terengganu, Datuk Dr. Mohamad Sabri Haron berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali ke-15 yang bersidang pada 30 Ogos lalu.

Menurutnya, ajaran Mhd. Mohib Khouli Nazem adalah sesat lagi menyesatkan dan bercanggah dengan tonggak akidah Islam yang diyakini oleh ulama’ al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah.

“Ciri-ciri penyelewengan ajaran Mhd. Mohib Khouli Nazem termasuk mendakwa Allah SWT Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu dan oleh sebab itu, jika Allah SWT menghendaki mengadakan anak untuk diriNya, Dia Maha Berkuasa menciptanya.

“Dakwaan ini merosakkan pegangan akidah masyarakat Islam kerana memahami Allah SWT harus mempunyai anak, sedangkan adalah jelas Allah SWT mustahil mempunyai anak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mhd. Mohib Khouli Nazem adalah seorang lelaki warganegara Syria yang kini menetap di Malaysia setelah berkahwin dengan rakyat tempatan.

Beliau sebelum ini sering membuat siaran secara langsung di Facebook dan menyampaikan ceramahnya kepada orang ramai.

Advertisement

Tambahnya, antara fahaman yang dibawanya juga mendakwa bahawa Allah SWT Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu dan oleh sebab itu, jika Allah SWT menghendaki duduk atas belakang sayap nyamuk, Dia Maha Berkuasa melakukannya.

Jelasnya, dakwaan itu boleh merosakkan pegangan akidah masyarakat Islam kerana memahami seolah-olah Allah SWT mempunyai sifat dan jisim yang sama seperti makhluk.

“Malah, ajaran itu mendakwa pentakwilan ayat-ayat sifat Allah SWT yang diterima pakai oleh aliran ulama’ al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah seperti Istiwa’, Wajh, Yad dan seumpamanya adalah sesat sama kedudukannya seperti ajaran kumpulan Mu’tazilah dan Jahmiyyah yang sesat.

“Ajaran itu turut mendakwa bahawa golongan al-Asya’irah adalah sama dengan golongan Yahudi, Jahmiyyah, Mu’tazilah, Musyrikin dan penyembah lembu.

“Ia juga mendakwa bahawa akidah para ulama al-Asya’irah seperti Imam al-Ghazali, Imam al-Nawawi, Imam Fakhruddin al-Razi, Imam al-Syahrastani dan Sultan Ulama I’zzuddin Ibn ‘Abd al-Salam adalah sama pegangan dengan akidah puak sesat Jahmiyyah,” katanya.

Tambah Mohamad Sabri, ajaran itu juga mendakwa bahawa Imam Abu Hanifah mati dalam keadaan kufur; dan mendakwa bahawa tidak sah solat di belakang imam yang berpegang dengan akidah al-Asya’irah.

Advertisement

“Oleh itu, jawatankuasa fatwa memutuskan mana-mana orang Islam yang mengamalkan sebarang ajaran yang berkaitan dengan Mhd Mohib Khouli Nazem adalah haram,” katanya. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

DBKL tarik balik larangan jual arak

Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
  • Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
  • Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
  • “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
  • “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
  • Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
  • Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.

KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.

Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.

Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.

“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.

“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.

Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.

Advertisement

Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.

Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya. 

“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.

“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal). 

“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.

Advertisement

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.

“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.

Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending