Connect with us

Antarabangsa

Afrika Selatan dan Chad usir kakitangan diplomatik Israel 

Afrika Selatan dan Chad menyertai senarai negara yang mengusir kakitangan diplomatik Israel dan mengkritik Baitulmaqdis Barat dalam pembunuhan ratusan masyarakat awam Palestin di Gaza dalam usaha menghancurkan Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Afrika Selatan dan Chad usir kakitangan diplomatik Israel 
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Afrika Selatan dan Chad menyertai senarai negara yang mengusir kakitangan diplomatik Israel dan mengkritik Baitulmaqdis Barat dalam pembunuhan ratusan masyarakat awam Palestin di Gaza dalam usaha menghancurkan Hamas.
  • “Pembunuhan beramai-ramai di bawah pengawasan masyarakat antarabangsa tidak boleh diterima,” kata Menteri kepada Presiden Afrika Selatan Khumbudzo Ntshavheni kepada pemberita pada Isnin di Pretoria dipetik RT. 
  • Beliau juga membayangkan tindakan boleh diambil terhadap duta Israel ke Afrika Selatan, Eli Belotserkovsky kerana didakwa membuat kenyataan meremehkan mereka yang menentang pencerobohan Israel di Gaza. 
  • Chad menarik balik kuasa usaha sementara (charge d’affaires) ke Israel pada Sabtu, menurut kenyataan kerajaan pada Isnin.
  • “Chad mengutuk hilangnya nyawa ramai orang awam yang tidak bersalah dan menggesa gencatan senjata yang membawa kepada penyelesaian berkekalan berkenaan isu Palestin,” kata kenyataan itu.

Afrika Selatan dan Chad menyertai senarai negara yang mengusir kakitangan diplomatik Israel dan mengkritik Baitulmaqdis Barat dalam pembunuhan ratusan masyarakat awam Palestin di Gaza dalam usaha menghancurkan Hamas.

“Pembunuhan beramai-ramai di bawah pengawasan masyarakat antarabangsa tidak boleh diterima,” kata Menteri kepada Presiden Afrika Selatan Khumbudzo Ntshavheni kepada pemberita pada Isnin di Pretoria dipetik RT. 

Beliau juga membayangkan tindakan boleh diambil terhadap duta Israel ke Afrika Selatan, Eli Belotserkovsky kerana didakwa membuat kenyataan meremehkan mereka yang menentang pencerobohan Israel di Gaza. 

Chad menarik balik kuasa usaha sementara (charge d’affaires) ke Israel pada Sabtu, menurut kenyataan kerajaan pada Isnin.

“Chad mengutuk hilangnya nyawa ramai orang awam yang tidak bersalah dan menggesa gencatan senjata yang membawa kepada penyelesaian berkekalan berkenaan isu Palestin,” kata kenyataan itu.

Negara Afrika tengah itu memulihkan hubungan diplomatik dengan Israel pada 2019, lebih empat dekad selepas hubungan antara kedua-dua kerajaan itu terputus.

Afrika Selatan dan Chad mengikuti tujuh negara lain dalam menghukum Israel secara diplomatik.

Bolivia memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Israel pada 31 Oktober lalu, manakala Turkiye, Jordan, Bahrain, Honduras, Colombia dan Chile memanggil semula duta mereka ke Israel.

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberitahu wartawan pada Sabtu bahawa dia telah memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan berkata, “Kami tidak berharap dengannya”.

Menteri Luar Afrika Selatan, Naledi Pandor berkata adalah penting bagi Pretoria untuk menyatakan kebimbangannya terhadap pencerobohan Israel di Gaza dan menggesa gencatan senjata.

“Kami perlu berhubung dengan pegawai kami kerana kami amat bimbang dengan pembunuhan berterusan kanak-kanak dan orang awam yang tidak bersalah di wilayah Palestin, dan kami percaya tindak balas Israel merupakan satu bentuk hukuman kolektif,” katanya.

Sumber: RT

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Senator Muslimah Australia pertahan Palestin letak jawatan Parti Buruh

Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Senator Muslimah Australia, Fatima Payman
  • Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.
  • Keputusan itu diambil selepas Parti Buruh menggantungnya untuk selama-lamanya kerana berikrar memberontak terhadap barisan parti dan menyokong usul mengiktiraf negara Palestin.
  • Payman yang mewakili negeri Australia Barat, mengundi pada akhir Jun untuk menyokong usul dikemukakan Parti Hijau bagi mengiktiraf Palestin, bertentangan dengan kehendak Parti Buruh dan Perdana Menteri, Anthony Albanese.
  • “Kita semua melihat imej berdarah kanak-kanak kecil kehilangan anggota badan, dipotong tanpa ubat bius dan kelaparan ketika Israel meneruskan serangannya, disiarkan secara langsung di seluruh dunia,” kata Payman dalam sidang akhbarnya pada Khamis dipetik Al Jazeera.
  • Payman yang dilahirkan di Afghanistan dan tiba di Australia sejak bayi berkata sejarah peribadinya sendiri memberi inspirasi kepada pilihannya untuk tidak berundur dalam isu Palestin, walaupun menerima tekanan daripada pemimpin parti.

Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.

Keputusan itu diambil selepas Parti Buruh menggantungnya untuk selama-lamanya kerana berikrar memberontak terhadap barisan parti dan menyokong usul mengiktiraf negara Palestin.

Payman yang mewakili negeri Australia Barat, mengundi pada akhir Jun untuk menyokong usul dikemukakan Parti Hijau bagi mengiktiraf Palestin, bertentangan dengan kehendak Parti Buruh dan Perdana Menteri, Anthony Albanese.

“Kita semua melihat imej berdarah kanak-kanak kecil kehilangan anggota badan, dipotong tanpa ubat bius dan kelaparan ketika Israel meneruskan serangannya, disiarkan secara langsung di seluruh dunia,” kata Payman dalam sidang akhbarnya pada Khamis dipetik Al Jazeera.

Payman yang dilahirkan di Afghanistan dan tiba di Australia sejak bayi berkata sejarah peribadinya sendiri memberi inspirasi kepada pilihannya untuk tidak berundur dalam isu Palestin, walaupun menerima tekanan daripada pemimpin parti.

“Keluarga saya tidak melarikan diri dari negara yang dilanda perang untuk datang ke sini sebagai pelarian bagi saya berdiam diri apabila melihat kekejaman dikenakan kepada orang yang tidak bersalah,” katanya.

Payman akan terus berada di Senat sebagai wakil bebas. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending