Terkini
(VIDEO) “Ustaz tidak faham perjuangan Hamas, jangan jadi lidah Yahudi” – ZRA
Asatizah atau mana-mana individu tidak tahu tentang sejarah perjuangan Hamas dalam membebaskan bumi Palestin diingatkan supaya tidak menjadi ‘lidah Yahudi’ dan alat propaganda rejim zionis Israel, demikian amaran pengamal media dan pempengaruh, Zainal Rashid Ahmad (ZRA).

- Asatizah atau mana-mana individu tidak tahu tentang sejarah perjuangan Hamas dalam membebaskan bumi Palestin diingatkan supaya tidak menjadi ‘lidah Yahudi’ dan alat propaganda rejim zionis Israel, demikian amaran pengamal media dan pempengaruh, Zainal Rashid Ahmad (ZRA).
- Zainal yang juga pengasas ZRA Strim berkata, ustaz-ustaz yang tidak tahu atau bukan dalam bidang sejarah Palestin seharusnya tidak mencampuri isu Palestin hingga menimbulkan fitnah.
- “Saya bagi amaran kepada ustaz-ustaz yang tak reti sejarah atau siapa saja yang tidak reti tentang perjuangan Hamas, jangan jadi ‘lidah Yahudi’.
- “Mereka yang hanya tahu dalam bidang, tuan-tuan (bidang) agama tapi tuan-tuan tak tahu dalam bidang sejarah Palestin, jangan campuri hingga membawa fitnah. Hamas tidak pernah jadi gagasan kepada Israel,” katanya dalam video tular di media sosial hari ini termasuk di TikTok.
- Semakan The Merdeka Times mendapati Zainal merujuk kepada beberapa klip video antaranya membabitkan seorang ustaz dari Indonesia yang memberikan gambaran negatif terhadap perjuangan pemimpin Hamas dalam pembebasan Palestin.
KUALA LUMPUR – Asatizah atau mana-mana individu yang tidak tahu tentang sejarah perjuangan Hamas dalam membebaskan bumi Palestin diingatkan supaya tidak menjadi ‘lidah Yahudi’ dan alat propaganda rejim zionis Israel, demikian amaran pengamal media dan pempengaruh, Zainal Rashid Ahmad (ZRA).
Zainal yang juga pengasas ZRA Strim berkata, ustaz-ustaz yang tidak tahu atau bukan dalam bidang sejarah Palestin seharusnya tidak mencampuri isu Palestin hingga menimbulkan fitnah.
Menyatakan beliau amat marah dengan tularnya video yang menuduh Hamas sebagai gagasan Israel dan menyifatkannya sebagai kumpulan pengganas, beliau mengingatkan individu terbabit supaya mendalami dan memahami sejarah pembebasan Palestin.
“Saya bagi amaran kepada ustaz-ustaz yang tak reti sejarah atau siapa saja yang tidak reti tentang perjuangan Hamas, jangan jadi ‘lidah Yahudi’.
“Saya (kini) berada di penempatan Al Wahdad (Jordan), penempatan dibangunkan pelarian Palestin pada 1967. Saya sangat marah pada video yang tersebar hari ini, tak kiralah fitnah ini datang dari ustaz-ustaz di Malaysia atau di Indonesia.
“Mereka yang hanya tahu dalam bidang, tuan-tuan (bidang) agama tapi tuan-tuan tak tahu dalam bidang sejarah Palestin, jangan campuri hingga membawa fitnah. Hamas tidak pernah jadi gagasan kepada Israel,” katanya dalam video tular di media sosial hari ini termasuk di TikTok.
Semakan The Merdeka Times mendapati Zainal merujuk kepada beberapa klip video antaranya membabitkan seorang ustaz dari Indonesia yang memberikan gambaran negatif terhadap perjuangan pemimpin Hamas dalam pembebasan Palestin.
Mengulas lanjut, Zainal berkata, jika benar Hamas adalah gagasan Israel kenapa rejim zionis membunuh pemimpin utamanya seperti Sheikh Ahmad Yassin yang dibunuh pada 2004 dan kemudian penggantinya, Abdul Aziz Rantisi, sebelum cubaan bunuh ke atas Khaled Meshaal.
“(Almarhum) Abdul Aziz Rantisi juga beliau ditembak mati oleh helikopter Apache menggunakan roket. Bererti apa yang tuan-tuan (tidak) tahu, tuan-tuan jangan menyebarkan fitnah dan menjadi alat propaganda kepada Yahudi,” katanya.
Menjelaskan lanjut, Zainal berkata, Hamas yang ditubuhkan pada pertengahan 1980-an adalah gerakan pembebasan Palestin yang menjadi alternatif kepada rakyat Palestin bagi membebaskan negara mereka dengan fundamental agama dan bukan hanya bersandarkan kepada perjuangan nasionalisme.
“Jadi bererti orang-orang yang membenci Hamas hari ini adalah orang yang berasal dari tradisi gerakan nasionalis yang dibentuk kerajaan lama di bawah pimpinan Amerika di Mesir dulu.
“Mereka tak mahu Mesir diperintah oleh sebuah parti yang berasaskan Islam sebagai fundamental. Maka Ikhwanul Muslimin diharamkan. Apabila Hamas menubuhkan gerakan ala Ikhwanul Muslimin, maka secara automatiknya ia akan dibenci.
“Maka itu saya ingatkan, tak kira siapa saudara, kalau saudara mahir dalam ilmu syurga neraka atau halal haram, jangan sentuh soal geopolitik,” kata Zainal. – The Merdeka Times
View this post on Instagram
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS