Connect with us

Terkini

Singapura kutuk serangan Hamas tetapi tidak kecam kekejaman ke atas Palestin

Singapura menyifatkan serangan Hamas ke atas Israel “tidak boleh dijustifikasikan dengan sebarang rasional langsung,” kata Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negerinya, K Shanmugam pada Khamis (12 Oktober lalu) lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Singapura kutuk serangan Hamas tetapi tidak kecam kekejaman ke atas Palestin
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Singapura menyifatkan serangan Hamas ke atas Israel “tidak boleh dijustifikasikan dengan sebarang rasional langsung,” kata Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negerinya, K Shanmugam pada Khamis (12 Oktober lalu) lalu.
  • “Kita boleh mengeluh tentang bagaimana rakyat Palestin dilayan selama ini. Kita boleh bersimpati dengan nasib rakyat Palestin, namun tetap mengutuk serangan keganasan yang dilakukan (Hamas) ke atas Israel,” katanya dipetik Channel News Asia (CNA).
  • Pada 7 Oktober lalu, kumpulan pembebasan Palestin iaitu Hamas melancarkan operasi Taufan Al-Aqsa serangan mengejut ke atas Israel sebagai reaksi balas pencerobohan berterusan rejim zionis ke atas Masjid Al-Aqsa dan tindakan keganasan peneroka haram ke atas warga Palestin di Tebing Barat.
  • Setakat ini, sekurang-kurangnya 1,300 tentera rejim zionis dan penduduk Israel maut dalam serangan Hamas, manakala lebih 2,400 rakyat Palestin terbunuh selepas Israel melakukan pengeboman udara ke atas Gaza sejak tarikh sama.
  • Shanmugam mengutuk serangan Hamas dan menyifatkannya sebagai serangan pengganas, namun tidak mengecam serangan rejim zionis yang selama ini dan terus menerus menindas dan membunuh orang awam di Gaza dan Tebing Barat.

KUALA LUMPUR – Singapura menyifatkan serangan Hamas ke atas Israel “tidak boleh dijustifikasikan dengan sebarang rasional langsung,” kata Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negerinya, K Shanmugam pada Khamis (12 Oktober lalu) lalu.

“Kita boleh berpegang kuat kepada pandangan (tertentu) tentang apa yang berlaku di rantau tersebut.

“Kita boleh mengeluh tentang bagaimana rakyat Palestin dilayan selama ini. Kita boleh bersimpati dengan nasib rakyat Palestin, namun tetap mengutuk serangan keganasan yang dilakukan (Hamas) ke atas Israel,” katanya dipetik Channel News Asia (CNA).

Pada 7 Oktober lalu, kumpulan pembebasan Palestin iaitu Hamas melancarkan operasi Taufan Al-Aqsa serangan mengejut ke atas Israel sebagai reaksi balas pencerobohan berterusan rejim zionis ke atas Masjid Al-Aqsa dan tindakan keganasan peneroka haram ke atas warga Palestin di Tebing Barat.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 1,300 tentera rejim zionis dan penduduk Israel maut dalam serangan Hamas, manakala lebih 2,400 rakyat Palestin terbunuh selepas Israel melakukan pengeboman udara ke atas Gaza sejak tarikh sama.

Gaza kini di ambang krisis kemanusiaan terburuk selepas rejim zionis melakukan sekatan total dengan menyekat bekalan air, elektrik, makanan dan bahan api ketika ‘hukuman kolektif’ serangan udara dilakukan ke atas wilayah konflik dikepung sejak 2007 itu.

Shanmugam mengutuk serangan Hamas dan menyifatkannya sebagai serangan pengganas, namun tidak mengecam serangan rejim zionis yang selama ini dan terus menerus menindas dan membunuh orang awam di Gaza dan Tebing Barat.

“Serangan Hamas ke atas Israel – (yang) menyerang dan membunuh orang awam adalah serangan pengganas besar-besaran. 

“Penculikan dan pembunuhan kanak-kanak yang tidak wajar – perbuatan kejam itu mengejutkan dan mengerikan.

“Dan keganasan melampau ini mesti dikutuk dengan jelas dan tegas,” kata Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura itu.

Shanmugam dilaporkan berkata Singapura menyokong penyelesaian dua negara dalam konflik Israel dan Palestin serta berharap kedua-dua negara dapat hidup secara aman.

Tindak balas Israel juga harus konsisten dengan undang-undang antarabangsa dan peraturan antarabangsa dalam peperangan, katanya. 

Setakat berita ini ditulis, pintu sempadan Rafah masih belum dibuka dan Gaza terus berdepan krisis kemanusian dan serangan udara rejim zionis dengan tiada lagi tempat selamat untuk rakyat Palestin. – The Merdeka Times

Sumber: CNA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *